PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Saya amal 7 perkara ini. Memang boleh simpan banyak duit!” – Amir

Bukan satu kerja yang senang nak simpan duit.

Kalau tak menyimpan awal-awal, boleh jadi susah hidup kita. Katakan, nasib malang menimpa. Nak cekau duit celah mana?

Lagi-lagi zaman sekarang. Banyak benda pakai duit.

Takpe. Tok ada solution untuk korang. Dan Tok percaya semua orang boleh buat 7 tip ini. Nak atau tak nak je.

Hadamkan perkongsian sempoi Tuan Amir Syahir ini. Dan selesai baca, jangan tak buat pulak.

Anda masih tak boleh menyimpan? 

Zaman serba canggih ni, serba serbi nak guna duit. Masuk tandas pun kena bayar.

Kalau tak pandai uruskan kewangan, memang korang tak dapat nak menyimpan. Cuma, tu bukan alasan untuk korang tak menyimpan.

Kena la usaha. Cari cara macam mana nak menyimpan. Jom baca 7 cara macam mana nak tingkatkan tabung simpanan.

Tip #1 : Kaji dulu kewangan diri sendiri

Kau analisa balik perbelanjaan bulanan sebelum ni. Selidik dekat mana kebocoran wang berlaku.

Antara yang korang boleh tengok dan kaji seperti berapa kos sara hidup, berapa belanja makan sebulan, dan sebagainya.

Berjimat-cermat selagi boleh, dan potong perbelanjaan yang tak patut.

Tip #2 : Apa yang anda boleh buat sendiri?

Buat sendiri kalau kau rasa boleh buat. Basuh baju sendiri tak perlu pergi dobi. Rasa nak minum kopi mahal pergi beli kopi paket kat pasar raya tu.

Tak payah pergi kedai kopi hipster. Fikir dulu, boleh tak kau buat sendiri sebelum upah orang ataupun guna perkhidmatan orang lain.

Tip #3 : Belajar bezakan keperluan dan kemahuan

Tak boleh belanja sesuka hati. Belanja apa yang perlu je.

Kemahiran membezakan antara keperluan dengan kehendak itu penting. Tengok harga dan buat perbandingan dulu sebelum beli barang.

Biasanya barang laris dan mahal akan diletakkan di paras mata korang.

Jadi, kau boleh tengok bahagian bawah sikit. Ada je banyak barang bagus, cuma jenama buat dia jadi mahal.

Barang mahal tak semestinya bagus, dan barang bagus tak semestinya mahal.

KLIK SINI UNTUK BACA : Macam mana lelaki ini urus gaji RM1,100 sewaktu mula bekerja?

Tip #4 : Elak hutang yang tak perlu

Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Korang tak payah nak berhutang la. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.

Tip #5 : Kerap makan kat luar? Kurangkan

Kalau nak jimat banyak, elok korang makan dekat rumah je. Masak sendiri.

Beli ayam segar boleh makan 2 hari. Paling senang goreng telur dan masak nasi. Lepas tu, upgrade sikit masak ayam goreng.

Lama-kelamaan, korang dah pandai masak sup, tomyam dan ayam pedas. 

Tip #6 : Bermewah nak sampai tahap mana?

Hidup di bawah kemampuan ni, bukan buat diri kau hina pun.

Biar la pergi pasar raya pakai selipar pun. Biar la pakai baju bundle pun. Asalkan semua selesa.

Jangan ikut sangat arus perdana anak muda tu. Pakai Honda Civic Type R bagai, tapi simpanan RM2,000 pun takde. 

KLIK SINI UNTUK BACA : 5 tahun, ada simpanan RM77K. Macam mana gadis ini buat?

Tip #7 : Cari jalan gandakan duit

Mulakan melabur 10% daripada duit korang kat tempat yang sesuai.

Korang boleh melabur di Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera, atau unit amanah yang lain.

‘Biar papa, asal bergaya’ jadi moto hidup?

Tak payah nak “August, Please Be Nice To Me” bagai la, kalau tiap bulan kau beli baju secara online serupa tak pernah ada baju. Atau tiap bulan nak modified kereta.

Macam golongan berdarah hipster ni. Mereka tak kisah pun tabung simpanan banyak mana.

Asal dapat gaji je, habis berbelanja sesuka hati. Menyimpan langsung tak.

Ada golongan gadis-gadis hipster, warna beg, tudung mesti sama dengan kasut. Kalau boleh, semua kena matching.

Kalau mampu, saya tak kisah, ini pinjam duit kawan nak bergaya. Kepuasan hidup apa kalau macam tu.

Up gambar makan mewah dekat Instagram, tapi dekat Facebook mengadu tak cukup duit.

Kecam kerajaan, kenapa tak buat pinjaman pelajaran percuma. Marah PTPTN sebab nama kena blacklist. Hanya nak menunjuk saja. Padahal bukan banyak duit pun.

Apa-apa pun, ilmu itu penting.

Baca sikit mengenai pengurusan kewangan. Biar tahu apa itu aset dan liabiliti. Ini baca novel je. Baca fakta anak bongsu la, baca pasal artis kahwin la. Pesen suka baca yang tak berfaedah. Kah!

Biasanya, masalah tak boleh menyimpan ni berpunca oleh sikap kita sendiri. Jadi sebelum salahkan orang lain, tunding jari kat diri kita sendiri dulu.

Dan Tok percaya, korang boleh ubah. Dengan syarat, korang kena komited dan kekalkan fokus. Korang boleh buat punya.

Silakan SHARE artikel ini jika bermanfaat. Ilmu yang elok, enak kita hadam bersama-sama.

KLIK SINI UNTUK BACA : Teknik simpan RM100K untuk bayar segala hutang. Pasangan muda patut cuba ini

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Ini memang cara yang baik untuk simpan duit. Bagi saya, saya ada buat rekod untuk semua perbelanjaan setiap bulan. Lepas tu saya akan semak sama ada terdapat mana-mana perbelanjaan yang boleh saya kurangkan supaya dapat jimatkan lebih banyak wang lagi.