Home Tip pelaburan hartanah Takut duit lebur? Guna 7 tip pelaburan hartanah power ini

Takut duit lebur? Guna 7 tip pelaburan hartanah power ini

3717
0
SHARE
Sumber gambar - propsocial.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

“Apa yang sama kat orang kaya dalam dunia ni?”

Ramai yang bina kekayaan mereka dengan memiliki atau melabur dalam bisnes, saham, dan juga hartanah.

Macam biasa, Tok akan fokus lebih kat pelaburan hartanah.

Yang paling best, tip yang bakal Tok kongsikan ini tak luput ditelan zaman. Boleh kata, bertaraf evergreen. Dan korang boleh gunakan untuk tempoh 100 tahun akan datang.

Buat korang yang baru berjinak dalam pelaburan ni, jemput hadamkan perkongsian Tok ni laju-laju.

Tip #1 : Start dengan modal besar atau kecil?

Ada sebab power kenapa korang patut mulakan dengan modal yang kecil.

Apa sebabnya? Sebab korang dalam tahap learning curve. Jadi, korang kena pastikan risiko sentiasa rendah.

Kalau tanya Tok apa nak buat dulu, Tok akan jawab :

“Baik korang cari ilmu dan belajar dulu perkara yang basic (asas). Dan gunakan kos seminimum yang mungkin

Cuma, ramai yang tak endahkan nasihat simple ni. Dah la malas nak cari ilmu. Pulak, sanggup keluarkan duit yang banyak kat hartanah yang tak terjamin (atau confirm) tak buat untung.

Sebab ni, ramai pelabur baru tersungkur bila hartanah mereka gagal jana aliran tunai positif. Lagi bala kalau kena tanggung bayar ansuran rumah guna duit sendiri.

Betul, hartanah adalah alat yang bantu jadikan korang kaya-raya. Tapi tak bermakna korang tak payah cari ilmu dan main buat saja. Persediaan tu, perlu ada.

Tip #2 : Melabur kat nilai. Elakkan spekulasi

Bila korang melabur kat nilai, korang berada kat jalan yang betul untuk mencipta kekayaan melalui pelaburan hartanah.

Macam mana nak buat?

Korang perlu cari hartanah yang berpotensi untuk dapatkan aliran tunai dan capital appreciation yang baik.

Nak dapatkan semua ni, memang bukan satu kerja mudah. Tapi tak mustahil untuk korang buat. Yang penting, kena komited dalam mengkaji hartanah yang betul dan rajin mencari.

Donald Trump, Sam Zell, Donald Bren, dan mogul hartanah lain yang korang boleh jumpa dalam senarai Forbes List, semua bina kekayaan mereka dengan mencipta nilai.

Kenapa Tok menentang spekulasi?

Sebab korang seakan-akan berjudi apabila membeli sesebuah hartanah. Kalau berharap dan main beli sebarang hartanah tanpa ilmu, pelaburan korang ada potensi untuk rugi teruk.

Tip #3 : Mulakan dengan hartanah yang dekat dengan anda

Kalau baru nak mula melabur dalam hartanah, mulakan dengan kawasan yang dekat dengan rumah korang.

Tujuan utama buat macam ni, supaya korang boleh beri perhatian kat prestasi hartanah tu, sama ada merosot atau ada kenaikan dari segi capital appreciation.

Lagipun, senang korang nak kaji trend jualan dan sewaan hartanah.

Sambil tu, korang jugak boleh networking dengan agen yang beroperasi kat kawasan tu untuk dapatkan maklumat yang lebih padu.

Ini penting sebab korang boleh tahu kalau-kalau ada sebarang masalah yang ada. Dengan ini, korang boleh merangka pelan tindakan dengan cepat.

Tip #4 : Buat silap? Itu perkara biasa

Bila melabur dalam apa pun jenis instrumen pelaburan, korang sentiasa terdedah dengan risiko. Hartanah jugak tak terkecuali daripada masalah ni.

Dan korang perlu ingat sentiasa. Bila buat silap, tak bermakna pelaburan korang akan kekal barai sampai bila-bila.

Apa yang penting adalah belajar daripada kesilapan korang tu. Bila dah tahu punca, baru korang boleh betulkan apa yang silap.

Betul. Kadang-kadang, perasaan takut buat silap akan cuba menguasai diri korang daripada mengambil sebarang tindakan.

Tapi kalau tak buat kesilapan, korang takkan pandai. Lebih cepat korang buat silap, lebih cepat korang belajar, dan korang takkan buat kesilapan yang sama lebih daripada sekali. Setuju?

Tip #5 : Tahu apa yang anda mampu tanggung

Ini bermakna, korang kena tahu berapa banyak kos yang korang kena tanggung sepanjang memiliki hartanah tu.

Pada masa yang sama, kena kaji jugak berapa banyak aliran tunai yang korang nak capai.

Yang ke-2 pulak, korang jugak kena tahu berapa banyak anggaran jumlah kerugian yang korang kena tanggung, kalau hartanah tu tak jana sebarang untung.

Dan pastikan jumlah kerugian tu, korang mampu tanggung (kalau terjadi).

Sebelum korang mulakan pelaburan hartanah, jawab dulu soalan seperti kat bawah ni :

“Berapa lama korang boleh tanggung, kalau hartanah tu takde penyewa”

“Kalau ada sebarang kerosakan yang mahal, mampu tak korang tanggung semua kos tu?”

Ingat sentiasa. Tujuan korang melabur adalah untuk selesaikan masalah kewangan korang. Bukan tambah lagi masalah sedia ada.

Tip #6 : Tukar hartanah ‘barai,’ jadi mesin buat duit

Akan ada orang yang jual rumah yang banyak masalah. Tapi tak bermakna korang tak boleh ubah perkara ni.

Kalau korang dapat kenal pasti masalah yang ada, dan boleh selesaikan masalah tu, korang boleh je jadikan rumah tu sebagai mesin jana duit untuk korang.

Yang ni, korang boleh jumpa banyak hartanah dalam kategori pasaran subsale (rumah second hand) dan lelong.

Biasanya, tuan rumah asal tak letak harga yang tinggi untuk rumah yang bermasalah. Objektif utama korang adalah cari rumah yang tak telan kos yang terlampau banyak untuk tujuan baik pulih.

Gunakan peluang ini untuk beli pada harga below market value. Dah selesai baik pulih, korang boleh sewakan balik pada harga yang tinggi. Ka-ching!

Tip #7 : Gunakan kalkulator, dan bukan hati anda

Robert Kiyosaki pernah berpesan :

“Berfikir dengan kalkulator. Bukan dengan hati”

Nombor tak pernah menipu. Dengan cara ini saja, korang boleh kurangkan risiko kerugian yang ada dengan berkesan.

Antara nombor yang korang kena kaji seperti :

  • Harga jualan (sale price) rumah,
  • Faedah gadai janji (mortgage interest),
  • Pendapatan sewa,
  • Kos penyelenggaraan (maintenance cost),
  • Kadar sewaan, dan sebagainya.

Pastikan lepas dah kira semua ni, korang ada untung. Kalau tak, baik lagi korang cari rumah lain. Ada banyak je rumah yang berpotensi tinggi jana keuntungan untuk korang sebat.

Tak salah bertatih dulu. Sebab semua orang macam tu. Semua orang ada titik permulaan dalam memulakan sesuatu.

Kalau tak tahu, rajinkan diri bertanya. Ilmu tu, dah tersedia ada. Tinggal korang nak hadam dan praktikkan saja. Tok berani gerenti korang susah nak rugi bila buat semua tip ini.

Perkongsian ilmu ini bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang nak mula melabur dalam hartanah tu. Biar sama-sama pandai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here