Home Tip sewa rumah kepada penyewa 7 tip mudah cari penyewa. No. #3 elak anda dapat penyewa dari...

7 tip mudah cari penyewa. No. #3 elak anda dapat penyewa dari ‘neraka’

7099
0
SHARE
Sumber gambar - Family Mosaic
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dah ada rumah untuk disewa, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat penyewa?

Padahal, macam-macam benda dah buat. Iklan dah letak kat Mudah. Apa lagi yang tak cukup? Apa lagi yang tak kena?

Mungkin ada yang tengah berdepan dengan masalah ni.

Nak dapat penyewa, satu hal. Nak pastikan dapat penyewa yang bagus pun, satu hal lagi.

Nak selesaikan masalah ni sekarang? Hadamkan perkongsian sempoi Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi ini.

Senang ke cari penyewa yang tak buat hal? 

Nak cari penyewa memang mudah, tapi nak dapat penyewa dari syurga sangat susah.

Ikut nasib la kalau dapat yang bagus. Tapi kalau tak bagus, itu mungkin sebab tak usaha dengan betul.

Ini tips cari penyewa, tapi tak semestinya kena follow semua. Ikut la urgency dan kesesuaian diri sendiri.

KLIK UNTUK BACA : 6 cara naikkan kadar sewa. No. #5 bagi anda untung 5X ganda

#1 : Cara sempoi buat iklan yang berkesan

Ini, ikut teknik marketing masing-masing.

Saya lebih suka letak gambar sebenar dan deksripsi sebenar unit saya, untuk elak terlalu banyak soalan daripada orang yang berminat.

Lagipun jujur itu tuntutan agama, kan?

#2 : Macam mana nak uruskan hal deposit?

Letak amaun cagaran 1 atau 3 bulan, ikut keyakinan dan ekonomi diri sendiri.

Cagaran bukan advance payment untuk sewa, Jadi, bagitau siap-siap kat penyewa bahawa cagaran tak boleh dijadikan bayaran sewa bulan-bulan terakhir.

Cagaran hanya akan dipulangkan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu selepas penyewa keluar untuk tunggu bil api, bil air dan menilai kondisi rumah.

Bagitau jugak apa sebab-sebab untuk burn deposit. Contohnya melanggar perjanjian, keluar rumah tanpa notis, dan lain-lain.

#3 : Teknik bijak tapis penyewa bermasalah

Minta salinan ic penyewa dan pasangan, tempat kerja, kenapa pindah dari rumah lama, nombor telefon tuan rumah lama (konon2 nak call pengesahan dari tuan rumah lama), nak duduk berapa lama, nak duduk mula bila, dan sebagainya.

Kalau dia ragu-ragu nak bagitau, suspek sesuatu.

#4 : Lepas dah pilih penyewa, apa lagi kena buat?

Dah habis tapis? Istikharah pilih penyewa. Hehe.

Ok, sekarang dah pilih penyewa. Simpan salinan ic, sign dan stamp agreement. Explain satu-persatu apa yang perlu, supaya tak timbul pertikaian di kemudian hari.

Korang boleh rujuk contoh agreement dekat bawah nanti.

KLIK UNTUK BACA : Idea hias rumah sewa student ini tak ‘makan’ banyak duit anda

#5 : Jemput penyewa lawat rumah

Masa serah kunci, tuan rumah dan penyewa inspect rumah sama-sama.

Kalau ada kerosakan masa tu, take note. Supaya takde pertikaian untuk tuan rumah claim deposit kemudian kalau ada kerosakan yang penyewa buat.

Boleh juga kalau nak ambil gambar sebelum serah kunci, sebagai bukti kemudian.

#6 : Bab bil? Senang saja!

Letak kat dalam agreement siap-siap, apa bil yang tuan rumah cover dan apa bil yang penyewa cover.

Ambil kira bil api, bil air, maintenance fee, Indah Water, dan lain-lain. So explain betul-betul.

Tiap-tiap bulan, suruh penyewa snap gambar bil terbaru untuk check kalau-kalau ada sebarang tunggakan.

#7 : Lain-lain yang anda wajib tahu?

Baca dalam agreement. Klik sini untuk tengok draf agreement sewa rumah

P/S : Silakan SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Nak dapat penyewa yang tak buat perangai, memang satu kerja yang mencabar.

Tak perlu korang koyak mental. Ada je cara untuk selesaikan masalah ni. Dan salah satu, korang dah habis baca pun.

Yang penting, buat. Kalau tak buat, sampai bila-bila pun takkan ada penyewa yang sangkut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here