Home Tips Kewangan Kebalkan kewangan 2018 anda. Guna 7 nasihat power ini

Kebalkan kewangan 2018 anda. Guna 7 nasihat power ini

6848
3
Sumber gambar - VideoBlocks
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

“Lama betul Tok mandi hari tu. Keluar-keluar bilik air je, dah tahun 2018.”

Okay, abaikan cubaan lawak yang hambar tu tadi. 2017 dah pun selesai melabuhkan tirai. Tiba masa untuk kita raikan kedatangan 2018.

2018 pula, tak janjikan sebarang diskaun dari sudut cabaran. Lagi-lagi berkaitan hal kewangan.

Jadi, wajib kita sediakan diri dengan ilmu yang baik untuk hadapi tahun yang semakin mencabar. Takpe, Tok percaya korang boleh hadap punya.

Nah, hadamkan perkongsian Tuan Amir Syahir dan sediakan diri kewangan korang untuk tahun ni. Semoga berjaya, Tok doakan.

Apa matlamat kewangan anda tahun ini?

Tahun 2017 dah pun meninggalkan kita. Tahun 2018 dah pun bermula. Korang pulak, macam mana? Dah bersedia menuju tahun baru?

Macam biasa la. Sebagai netizen yang hipster dan acah-acah nak nampak ‘up-to-date,’ mesti nak ada azam. Punya la semangat buat azam, sampai azam tahun lepas pun bawa ke tahun berikutnya.

Macam tu jugak dengan kewangan. Korang kena ada azam dan matlamat yang jelas. Antaranya :

Azam #1 : Set matlamat kewangan tahun ini

Apa matlamat dan impian yang korang nak capai tahun ni?

Contohnya, seperti nak membeli rumah, kereta, berkahwin, dan sebagainya. Dan berapa pulak jumlah wang yang diperlukan untuk capai matlamat ini?

Dengan adanya matlamat, tindakan korang akan jadi lebih jelas dan mudah.

Azam #2 : Semak aliran tunai

Belajar buat bajet bulanan. Dan jangan lupa, catat semua perbelanjaan yang dibuat.

Korang suka buat hutang sebab rasa gaji korang banyak. Tapi bila dah buat bajet, korang akan nampak gaji korang tinggal berapa sen je.

Jadi, korang tak la nak asyik keluar tengok wayang, beli smartphone baru, ataupun tukar sport rim baru.

Azam #3 : Tahu bezakan antara keperluan dan kemahuan

Bezakan antara kehendak dan keperluan. Belanja mengikut kemampuan ekonomi korang.

Bukan ternak perangai nak berlawan je. Bila jiran tukar sofa baru, korang pun menggelupur nak tukar sofa baru jugak. Kawan tukar iPhone X, dia pun sibuk nak tukar jugak.

Sentiasa ukur baju di badan sendiri. Bukan ukur baju yang kita nak pakai kat badan orang lain. Faham, kan?

Azam #4 : Paksa diri simpan 10% duit gaji

Kalau ada bonus, simpan. Kalau ada kenaikan gaji, simpan.

Simpan semua tu dekat tempat yang berikan pulangan dividen seperti Tabung Haji dan ASB. Buat potongan gaji siap-siap. Lagi banyak, lagi bagus.

Lagi satu, simpan duit tu kat tempat yang susah dikeluarkan. Dan bila dah simpan, buat-buat la lupa. Tak la korang nak keluarkan je duit tu.

Azam #5 : Uruskan hutang dengan cemerlang

Senaraikan jumlah hutang mengikut kadar profit yang paling tinggi, beserta ansuran bulanan.

Kalau ada pembiayaan dengan bank, jangan la bayar ikut suka hati korang je. Rosak CCRIS korang nanti. Bayar ikut jumlah dan masa yang ditetapkan.

Azam #6 : Mula belajar untuk melabur

Mulakan melabur kat instrumen pelaburan yang diyakini. Cari pelan pelaburan yang kena dengan kemampuan kewangan korang.

Korang kena la mula cari dan perbanyakkan ilmu pasal ni. Jangan tersilap langkah.

Azam #7 : Sentiasa ‘lapar’ untuk belajar ilmu kewangan

Ilmu tentang pengurusan kewangan amat la luas. Makin banyak korang belajar, makin korang akan sedar diri betapa kerdilnya ilmu korang. Banyakkan membaca.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Banyak cara korang boleh dapatkan ilmu. Nak atau tak nak je.

Kalau tahun lepas korang kurang timba ilmu pengurusan kewangan, tahun ni cuba la untuk berubah.

Nak perubahan? Mulakan dengan diri sendiri 

Kalau tahun lepas pengurusan kewangan korang kurang mantap, mantapkan lagi pengurusan kewangan korang pada tahun 2018. Lebih baik lambat berubah daripada langsung tak berubah.

Pandai-pandai la korang tetapkan azam pengurusan kewangan. Kalau tak nak berubah lagi, tak tau la.

Kalau korang tak berubah, takde orang yang nak ubah kehidupan korang. Kah!

3 COMMENTS

  1. Permulaaan tahun baru dengan azam dan semangat untuk tingkatkan kewangan dan pelaburan.
    Terima kasih Penghulu berkongsi ilmu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here