Home Analisa Kawasan 7 sebab power kenapa patut beli rumah di Cyberjaya. Anda pasti suka...

7 sebab power kenapa patut beli rumah di Cyberjaya. Anda pasti suka poin No. #5

6918
3
SHARE
Sumber gambar - The Star Online
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Benda ni, mungkin normal bagi anda.

Bila bercakap tentang nak belli rumah kat Cyberjaya, mesti ada mulut yang muntahkan dialog berbunyi seperti ini :

“Jauh gila. Kenapa nak kena cari rumah dekat tempat jin bertendang?”

Mungkin ada yang belum sedar. Lokasi yang ramai orang labelkan sebagai tempat jin bertendang ni, ada banyak potensi.

Dan sebelum korang join untuk mem’bahan’ Cyberjaya, Tok jemput korang untuk hadamkan perkongsian hari ini.

“Apa je yang best dekat Cyberjaya ni?”

Banyak agensi kerajaan dah lama promote Cyberjaya sejak tahun 2000 lagi, sampai la ke hari ini.

Ada beratus syarikat berstatus MSC (Multimedia Super Corridor) seperti HP, Dell, DHL, IBM, dan lain-lain memilih Cyberjaya sebagai tempat ibu pejabat, pusat IT, dan juga pejabat mereka.

Selain tu jugak, Cyberjaya pun terkenal sebagai hab pengajian tinggi di Malaysia.

Banyak universiti terkemuka seperti Multimedia University (MMU), Limkokwing University, Cyberjaya University College of Medical Sciences, dan lain-lain bertempat kat sini.

Statistik pada tahun 2016 mencatatkan aggaran sebanyak 25,000 populasi pelajar di Cyberjaya sekarang. Dan jumlah ni dijangka akan meningkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Okay. Mungkin apa yang Tok sebutkan tadi, korang dah tau.

Tapi, apa lagi sebab-sebab lain yang patut korang pertimbangkan untuk beli rumah kat Cyberjaya?

#1 : Lokasi perumahan yang cukup cun untuk hidup bersama keluarga

Cyberjaya dikelilingi oleh penempatan yang tinggi dari sudut populasi seperti Puchong, Kajang, Putrajaya, dan Bangi.

Sekarang ni, dah ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat, tanpa perlu keluar daripada kawasan Cyberjaya. Dan ini akan menjadi tarikan untuk pembeli Gen Y dan Z pada masa yang mendatang.

Pada pandangan dan kajian secara kasar, Cyberjaya menjadi pilihan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berdekatan (seperti yang Tok sebutkan kat atas tadi).

Hanya 20 minit je untuk ke KLIA 2

Tok tak nak sentuh sangat bab expat, sebab memang ketara mereka akan dapat banyak kelebihan bila tinggal kat Cyberjaya.

Ye la. Dekat sangat dengan KLIA. Senang gila kerja syarikat-syarikat untuk relocate pekerja mereka dekat kawasan ini.

Dan ini tentu berita baik buat mereka yang mencari rezeki di KLIA. Tak payah pening kepala nak keluarkan bajet yang besar untuk minyak kereta korang tu.

Biar betul. 25 minit je untuk ke Pusat Bandar?

Yang bekerja kat Kuala Lumpur pun, senang je nak ke sana tanpa ambil banyak sangat masa.

Perjalanan untuk ke Pusat Bandar hanya ambil masa lebih kurang 25 minit kalau korang ikut Maju Expressway (MEX). Tu tak sebut lagi yang highway yang lain, seperti :

  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP),
  • South Klang Valley Expressway (SKVE) ,
  • North-South Expressway Central Link (PLUS), dan
  • Expressway Lingkaran Tengah (ELITE).

Terletak betul-betul kat sebelah Putrajaya

Cyberjaya terletak sangat dekat dengan pejabat kerajaan (yang bertempat kat Putrajaya). Bermakna, golongan expat mudah untuk perbaharui Visa dan panjangkan tempoh untuk mereka tinggal di negara ini.

#2 : Mana lagi kawasan perumahan yang dekat dengan flora dan fauna?

Daripada 7,000 ekar tanah pegangan bebas di Cyberjaya, 48% daripada jumlah ini akan didedikasikan untuk kemudahan awam, serta flora dan fauna.

Universiti dan pusat IT sekarang ni, dipenuhi dengan golongan muda yang sensitif tentang persekitaran sekeliling.

Pemaju yang bertanggungjawab membina perumahan di Cyberjaya, dilihat dah mula plan dan buat reka bentuk projek supaya menjadi Green Building Index rated.

Bermakna, pemaju akan tinggalkan ruang untuk digunakan sebagai fasiliti hijau dalam projek perumahan mereka untuk menarik minat prospek yang ada.

#3 : Kawasan yang ada back-up besar kerajaan

Inisiatif kerajaan adalah untuk mengubah Cyberjaya menjadi hab teknologi global yang tak terhad kepada ICT.

Pada masa yang sama, mempercepatkan kepimpinan global Cyberjaya dalam Teknologi Komunikasi Maklumat (Information Communication Technology).

Banyak langkah telah dibuat oleh kerajaan di bawah Model Ekonomi Baru, Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan dan Digital Malaysia.

Ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat memegang kedudukannya dalam peta digital global. Dan salah satu tujuannya, adalah untuk menyediakan ekosistem untuk didedahkan kepada syarikat teknologi, sebagai lokasi pelaburan pilihan.

Semua ini akan mewujudkan pekerjaan teknologi tinggi untuk rakyat Malaysia, dan menjadikan Cyberjaya sebagai hab pelaburan pilihan untuk syarikat teknologi, sambil pastikan Cyberjaya dijadikan sebagai lokasi ICT utama.

#4 : Banyak infrastruktur yang superb di Cyberjaya

Cyberjaya adalah sebuah bandar yang dibina daripada ‘kosong,’ dan kebanyakan infrastruktur kat sana dibina secara terancang.

Kebanyakan kawasan kediaman di sana, lengkap dengan kemudahan fibre optics dan mampu untuk support servis broadband berkelajuan tinggi.

Banyak syarikat multinasional seperti Dell, HP, DHL, Huawei, IBM, dan sebagainya, memilih Cyberjaya sebab lokasi ini lengkap dengan infrastruktur, serta mendapat sokongan (support) daripada kerajaan.

Keluasan Cyberjaya dianggarkan seluas 7,000 ekar, dan dibangunkan dengan infrastruktur yang high-end dan infostruktur untuk mendorong koperasi global untuk menyediakan operasi ICT.

Terkini, ada lebih 800 syarikat dan lebih 35,000 pekerja yang bekerja di kawasan Putrajaya.

#5 : “Banyak ke capital appreciation untuk kediaman dekat Cyberjaya?”

Korang wajib mengkaji capital appreciation sebelum membeli, atau melabur dalam mana-mana hartanah.

Cyberjaya akan dibangunkan secara pesat dalam jangka masa 10 hingga 15 tahun, dan nilai hartanah kat sana akan terus meningkat secara konsisten.

Sumber gambar – Star Property

Masa tahun 2007 dan 2008, takde siapa pun yang berikan perhatian kepada Cyberjaya.

Walaupun harga hartanah pada masa tu bermula daripada RM200 hingga RM250 setiap kaki persegi, orang ramai tetap tak ambil kisah tentang Cyberjaya.

Apa yang buatkan nilai hartanah kat Cyberjaya meningkat gila-gila?

Tapi lepas pada tahun 2009 dan 2010, banyak pemaju ternama mula lancarkan projek kediaman dan komersial dekat kawasan tu, dan harga untuk setiap kaki persegi meningkat secara mendadak (sebanyak RM500 hingga RM700 setiap kaki persegi).

Pada pendapat Tok, untuk jangka masa panjang, harga hartanah dekat Cyberjaya pasti akan terus meningkat lebih tinggi, apabila seluruh township (perbandaran) lebih maju dan disertakan sekali dengan kemudahan pengangkutan awam dan infrastruktur yang cun-melecun.

Sumber gambar – Star Property

Sama je dengan mana-mana pelaburan hartanah, semua ini bergantung kat keupayaan kewangan (holding power) kalau korang betul serius nak melabur kat kawasan Cyberjaya.

Dengan syarat, korang kena kira dulu berapa anggaran pulangan kasar yang bakal korang dapat.

#6 : Ada 4 universiti terkemuka dekat Cyberjaya

Bila ada universiti dekat sesuatu kawasan tu, selalunya dinamik rental game akan lain sikit. Secara amnya, permintaan akan bertambah.

Kenapa? Sebab pelajar universiti selalunya akan cari tempat yang diorang boleh sewa secara per individu, bilik, dan sebagainya.

Dan sesetengah pemilik rumah akan mengoptimumkan sewaan sebegini dengan ubah suai unit mereka, sekaligus mengurangkan unit yang boleh disewa oleh keluarga yang besar.

Multimedia Universty merupakan universiti pertama yang bertapak di Cyberjaya dan mempunyai pengambilan bakal graduan ICT semenjak tahun 1997. Kemudian diikuti oleh unversiti Kirkby dan Lim Kok Wing.

Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) akan membuka sebuah universiti keusahawanan di Cyberjaya pada masa depan.  

#7 : Kawasan yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan

Kalau dibandingkan dengan kadar jenayah di keseluruhan Klang Valley, Cyberjaya merupakan antara kawasan yang selamat.

Kebanyakan kawasan kediaman adalah dalam kawasan berpagar yang dikawal selia.

CCTV diletakkan dekat banyak tempat di sekitar Cyberjaya untuk mengawal selia trafik dan keselamatan penduduk.

Pada pandangan Tok, kalau korang jenis yang suka flipping, Cyberjaya bukan lokasi pelaburan yang sesuai untuk korang.

Tapi kalau korang jenis yang nak melabur untuk jangka masa panjang, Cyberjaya boleh jadi antara yang terbaik korang boleh pilih.

Apa-apa pun, pastikan dulu objektif korang. Sebab kalau salah pilih game, susah nak berpatah balik. Sanggup ke korang mula balik dari mula?

NOTA : Tengah mencari kediaman high-rise yang berbaloi kat Cyberjaya? Klik sini dan dapatkan rebat 10% untuk projek ini sekarang. 

3 COMMENTS

  1. Tok.. Tok ada jadi agen or kawan2 yg handle kawasan cyberjaya or mana2 la… Sebab saya dah bekerja hampir setahun jadi nak mula merancang rumah pertama or pelaburan hartanah la… Rasa2 tok boleh ke kita mengopi..?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here