PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

6 Cara naikkan sewa rumah. No. 5 boleh bagi keuntungan 5x ganda daripada biasa.

Bagi korang yang menjadi tuan rumah dan mempunyai penyewa, satu daripada kerunsingan yang kita semua hadapi adalah:

“Menaikkan harga sewa rumah.”

Bukan kerana kita mahu untung lebih semata-mata.

Kadang-kadang, ada situasi yang memaksa kita untuk menaikkan harga sewa rumah. Contohnya apabila kenaikan harga faedah pinjaman rumah berubah.

Tetapi, macam mana untuk korang naikkan sewa rumah?

Ada 6 cara yang dikongsikan oleh Emrull Iqbarullah. Tok belajar daripada bukunya iaitu “Jana Wang Daripada Hartanah.”

Cara #1: Naikkan harga sewa setiap 2 tahun

Nilai sewa rumah boleh dinaikkan setiap dua tahun atau sekiranya berlaku pertukaran penyewa rumah.

Sewa rumah sewajarnya naik sedikit setiap tahun bagi mengelakkan pendapatan bersih yang kita terima berkurangan atas faktor inflasi dan kenaikan kadar faedah.

Bagi memberi nilai tambah kepada penyewa sedia ada supaya tidak terlalu ‘terasa’ dengan kenaikan harga sewa rumah, lakukan temujanji untuk periksa dan baiki rumah.

Sekiranya terdapat lampu, plag atau pili air yang rosak atau kurang sempurna, maka kita sebagai tuan rumah boleh baiki atau gantikan dengan yang baru.

Tindakan ini dapat membantu penyewa rasa berbaloi jika harga sewa rumah dinaikkan.

Cara #2: Naikkan harga sewa setiap kali tukar penyewa rumah

Antara perkara yang leceh adalah pertukaran penyewa rumah.

Biasanya, tuan rumah terpaksa membersih dan mengecat semula rumah. Jadi ia adalah perbuatan yang wajar untuk menaikkan sewa rumah setiap kali berlakukan pertukaran penyewa.

Langkah yang sama juga perlu dilakukan seperti teknik pertama iaitu memeriksa dan membaiki mana-mana kerosakan yang ada, sebelum menyewakannya kepada penyewa baru.

Cara #3: Tambah perabot dan lengkapkan rumah

Melengkapkan rumah kita dengan perabot dapat meningkatkan harga sewa rumah. Ia juga meningkatkan ROA iaitu Return On Asset.

Sekiranya ada permintaan, kita boleh sewakan rumah lengkap (fully furnished) kepada penyewa.

Ada beberapa perkara penting yang kita perlu tahu tentang rumah lengkap:

1) Mempunyai kelengkapan asas rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, katil, almari, dapur, sofa, meja belajar dan meja makan.

2) Tak perlu gunakan wang sendiri untuk beli barang tersebut. Boleh guna wang deposit yang kita terima daripada penyewa.

3) Rumah lengkap ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam kawasan yang mempunyai pelajar dari negara luar.

4) Terdapat risiko kerosakan barang-barang atau perabot yang kita berikan kepada mereka.

5) Kalau kita tak nak pening kepala uruskan barang-barang kelengkapan rumah, lebih baik sewa kosong atau tanpa perabot.

Cara #4: Dua jenis peralatan elektrik yang boleh naikkan harga sewa rumah RM50 ke RM100.

Kita juga boleh naikkan harga sewa jika rumah kediaman mempunyai beberapa peralatan elektrik yang diperlukan penyewa.

Contoh peralatan elektrik yang menjadi permintaan penyewa adalah:

1) Penyaman udara (aircond).

2) Pemanas air.

Berdasarkan pengalaman penulis, penyewa yang berasal dari negara Timur Tengah biasanya mahu dua kelengkapan di atas.

Yang menariknya, dua kelengkapan ini biasanya tahan laman, sukar dicuri dan kita sebagai pembeli mempunyai pilihan untuk mengambil tempoh pinjaman yang lebih lama.

Secara puratanya, peningkatan sewa sebulan bagi rumah yang mempunyai satu unit penyaman udara adalah RM75 hingga RM100. Manakala bagi setiap pemanas air adalah RM20 hingga RM50.

Cara #5: Jangan sewa sebuah rumah. Tetapi sewa setiap bilik yang ada dalam rumah.

Sekiranya rumah kita berdekatan dengan kawasan pengangkutan awam, kolej atau universiti, maka kita boleh gandakan keuntungan sewa menerusi sewaan secara bilik.

Jumlah sewa seperti ini jauh lebih tinggi.

Terdapat kelebihan dan kekurangan yang perlu dihadapi tuan rumah apabila menggunakan pendekatan ini.

Kelebihan: Sewa yang tinggi dan risiko kehilangan penyewa lebih rendah.

Kekurangan: Pengurusan penyewa kita lebih memakan masa kerana kita perlu uruskan ramai individu yang berasingan untuk sebuah rumah.

Cara #6: Tukar rumah jadi homestay.

Jika rumah kita berdekatan dengan pusat-pusat tarikan atau pelancongan, kita boleh sewakan bilik-bilik kosong sebagai unit homestay.

Kaedah ini mampu menjana keuntungan yang lebih besar kerana kos sewa dikira secara harian.

Namun begitu, kos permulaannya lebih bsar dan perlukan masa yang lebih banyak untuk pengurusan kunci dan pembersihan.

Sekarang ni, bertambah senang korang nak buat bisnes sewa secara homestay ni. Hidup zaman serba-serbi canggih la katakan.

Mana satu cara yang anda mahu gunakan?

Tok sendiri banyak belajar daripada perkongsian Emrull Iqbarullah ini tentang cara naikkan harga sewa rumah.

Antara individu yang suka menggunakan pendekatan nombor 5 adalah Zaidi Ismail. Memang nampak jelas keuntungan sewa boleh berganda apabila kita menyewa secara bilik.

Dalam masa sama, kita perlu berhati-hati memilih penyewa. Silap pilih, memang sakit hati.

BACA INI : DILEMMA : PATUT MENYEWA DULU ATAU TERUS BELI RUMAH UNTUK KEGUNAAN SENDIRI??

BACA INI :  11 PERSEDIAN ANDA KENA TAHU SEBELUM BELI RUMAH

Selagi takde rumah, selagi tu anda tak dapat buat strategi yang anda baru baca tadi

Tok bukan ada niat songsang bila bercakap macam ni. Cuma sekadar menyampaikan pesanan.

Kalau Tok gagal buat korang sentap, selagi tu korang hanyut. Alamat memang lagi lambat la korang beli rumah.

Banyak kali dah Tok cakap. Senang je nak beli rumah tanpa perlu kumpul simpanan yang banyak. Janji korang kena cari ilmu.

Berita baik – korang dah tak payah cari jauh-jauh dah ilmu ni.

Klik link bawah kalau korang serius nak belajar sekarang.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

Cover eBook Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *