PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 langkah gempak kukuhkan kewangan fresh graduate

Rata-rata anak muda yang dah graduate dan baru mula bekerja, akan lupakan dulu hal menyimpan dan mengurus kewangan.

Harus la, kan? Dah penat-penat belajar, takkan nak terus mula menyimpan. Kena la enjoy dulu, balas dendam habis-habisan.

Tapi ramai yang tak tau. Lagi lambat korang mulakan, lagi susah korang nak menyimpan.

Dan bila dah sampai satu tahap, baru sampai rasa menyesal tak sudah. Tok tak nak korang jadi macam tu.

Nah, ini ilmu wajib yang korang patut amalkan. Hadamkan perkongsian Tuan Abd Aziz Riadi ni elok-elok.

#1 : Berapa banyak anda belanja sebulan?

Sebelum kita mula nak simpan duit atau nak mulakan tabiat meyimpan, kita perlu tahu berapa perbelanjaan bulanan kita.

So, kena list down (buat senarai) apa yang perlu kita belanjakan, dan berapa banyak jumlah yang diperlukan.

Contohnya, makan, minum, sewa rumah, bayar duit kereta, minyak dan sebagainya.

Lebih baik kalau kita senaraikan dalam program yang ada seperti MS Money, atau pun yang saya pakai gunakan Google Sheet. So, boleh list down perbelanjaan dan berapa jumlah.

Kalau jenis yang bukan orang IT ni, list down la kat buku, tulis pakai pen atau pensil.

Kalau itu pun susah nak buat, maknanya, korang takde kesanggupan untuk mulakan menyimpan. So, langkah-langkah yang berikut memang payah la nak buat.

Lepas kita buat list tu, baru kita akan nampak berapa banyak kita berbelanja setahun.

#2 : Ini simpanan pertama yang kita wajib ada. Apa dia?

Contoh, berapa simpanan cash yang kita perlukan untuk cover sekiranya kita dibuang kerja atau diberhentikan kerja.

Pernah korang tanya diri sendiri soalan ni:

“Berapa lama kita boleh bertahan tanpa pendapatan dari kerja, dan gunakan simpanan sebelum kita dapat kerja yang baru?”

So, kalau saya, saya prefer kalau boleh dapat lepas duit belanja dalam setahun.

Contoh, amount No. #1 tadi RM1,500 (kira lepas untuk basic expenses). Jadi dalam masa setahun, perlu ada RM18,000. So, start aim untuk cukupkan RM18,000 tu.

Katakan, kita paksa diri kita untuk simpan RM500 sebulan, setahun ada RM6,000 dan 3 tahun ada RM18,000. Benda ni, ikut kemampuan masing-masing.

Kalau ada apa-apa niat nak beli barang ‘kehendak’ masa tu, lupakan dulu. Fokus dapatkan simpanan RM18,000 tu dulu.

#3 : Usaha supaya tak upgrade komitmen sedia ada

Dalam kita nak dapatkan yang No. #2 tu, kita kena tahan diri kita daripada upgrade expenses (tambah perbelanjaan) kita. So, tabahkan diri supaya tak terpengaruh dengan iklan dan orang lain.

Keep on focus dengan target korang. Dan tujuan menyimpan adalah untuk develop habit korang.

Sebelum nak beli sesuatu atau upgrade sesuatu, tanya dulu diri sendiri soalan ini :

“Anda dah pergi sejauh ni, maksudnya boleh tahan tak upgrade untuk sekian lama. Jadi, adakah korang tak boleh tahan lagi sampai anda dapat capai target simpanan korang, then baru upgrade?”

Kalau tak boleh tahan sangat, boleh tak tahan dalam sebulan dua? Then tengok balik.

Kadang-kadang lepas sebulan dua, apa yang anda nak beli sekarang mungkin dah kurang penting pada masa akan datang. Ada kemungkinan korang akan tak jadi nak upgrade benda tu.

#4 : Kos-kos kecil, tak payah kira? Nanti dulu

Contoh, kalau korang subscribe jadi member gym, sedangkan korang tak selalu pergi pun.

Kalau sebulan RM150, setahun dah makan hingga RM1,800 tu.

Atau hobby yang memerlukan kos berulang2…contoh setiap minggu nak kena layan hobby tu, then sebulan dah berapa?..setahun dah berapa?

So, bukan berkira. Tapi kena berkira-kira. Kecuali kalau korang memang ada lebihan duit, then itu terpulang kat korang.

Ini saya cerita kalau kita ada budget ciput, dan kita pulak tersangat susah nak amalkan budaya menyimpan dalam hidup kita.

#5 : Pecah target simpanan supaya senang capai

Contoh, kita nak kumpul RM18,000 untuk belanja setahun. Jadi, korang kena kumpul dalam masa 3 tahun.

So, kita set dulu simpan RM3,000. Lepas tu, RM6,000, then RM9,000, then RM12,000, then RM15,000, dan akhirnya RM18,000.

So, cuba la buat. Mana tau berhasil. Alhamdulillah, saya amalkan tips ni, Banyak jugak saya dapat simpan dan mulakan pelaburan dalam hartanah dan ASB. 

Bila kita ada lebihan, tabiat yang kita develop tu akan terus ada dalam diri kita dan kita dah terbiasa untuk jaga kewangan kita.

Sekian untuk kali ni. Nanti saya akan kongsikan tip lain pulak.

“Kita adalah apa yang kita selalu buat” – Abd Aziz

Pesanan terakhir saya :

“Korang adalah apa yang korang buat berulang-ulang”

So, kalau nak ada simpanan, kena la buat simpanan berulang-ulang. Bukan asyik belanja berulang-ulang.

AAR
Financial Coach

Sekarang, korang dah tahu apa yang patut dibuat. Atau masih lagi berkeras dengan alasan dan tabiat lama tu?

Dalam hidup, kita sentiasa ada pilihan. Yang jadi beza adalah apa yang korang pilih. Ni, Tok serahkan 100% kat korang. Tok hanya sekadar boleh bagi nasihat je.

Perkongsian ni bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang baru graduate tu, supaya tak terjebak kat benda yang bukan-bukan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *