Home Tip sewa rumah kepada penyewa 5 ciri-ciri ‘penyewa dari neraka.’ No. #3 paling bahaya

5 ciri-ciri ‘penyewa dari neraka.’ No. #3 paling bahaya

2771
0
Sumber gambar - RE:MAX Profile Real Estate
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tahniah! Korang dah berjaya beli rumah pelaburan yang pertama.

Sekarang, tiba masa untuk cari penyewa. Dan ini bukan satu kerja yang korang boleh buat sambil lewa.

Bayangkan. Korang dah habis beratus ribu Ringgit nak beli rumah tu. Dapat pulak penyewa yang bermasalah. Habis tunggang-langgang rumah tu dibuatnya.

Ikutkan hati, memang nak rembat je penyewa tu. Tapi, lebih elok kita mengelak daripada mengubati.

Tok dah tolong kenal pasti 5 jenis ‘penyewa dari neraka’ yang patut korang elak. Jemput hadamkan tanpa was-was.

#1: “Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?” – Haiman

Ilmu power ni, adalah hasil nukilan Tuan Charles Tan kat blog kopiandproperty.com.

Kalau korang ada rasa tak sedap hati, mungkin ada perkara tak elok yang nak jadi.

Mungkin ada yang setuju dengan Tok, atau mungkin ada yang menentang hal ini. Kita boleh gunakan ‘gerak hati’ dalam proses menerima penyewa.

Cuma, korang perlu ingat. Cari penyewa, bukan macam cari pasangan hidup. Korang tak perlu pun bagi peluang kalau rasa tak sedap hati. Tak perlu pun rasa bersalah.

Takut bila bagi peluang (dan betul pulak penyewa tu jenis yang buat hal), korang jugak yang semak dan pening kepala nanti.

Apa-apa pun, pastikan korang berjumpa bakal penyewa dulu. Kaji latar belakang dia sebelum buat sebarang keputusan muktamad.

#2: Jenis yang minta diskaun tak masuk akal

Lepas dah berjumpa dan buat site visit dekat rumah korang, mereka akan cuba sedaya upaya berunding untuk kadar sewa yang lebih murah.

Bukan tak boleh. Jangan salah faham maksud Tok ya. Ruang untuk berunding tu, sentiasa ada antara korang dan penyewa.

Cuma, ini bukan kes yang biasa-biasa. Kalau korang letak sewa RM1,500 sebulan, mereka akan cuba berunding untuk dapatkan sewa RM700 sebulan. Gila!

Bila jadi macam ni, macam-macam yang mereka akan komen tentang rumah tu. Ada je yang tak betul sana sini. Kononnya, tak menepati citarasa mereka.

Padahal, korang tahu kadar pasaran sewa dekat kawasan tu, takde yang bawah RM1,500 sebulan. Korang dah kaji siap-siap perkara ni, bukan main letak kadar sewa ikut suka hati.

Betul. Sekarang ni adalah pasaran penyewa atau pembeli (buyer’s or tenant’s market). Tapi ini bukan sebab untuk mereka rendahkan sewa sampai tahap tak logik.

Ada jugak jenis penyewa yang jaja cerita kesempitan hidup dekat korang. Ada satu kes ni, mereka ‘jual’ kisah sedih mereka, untuk dapatkan diskaun bayaran deposit rumah.

Dan korang jangan mudah tertipu dengan kisah sedih tu. Ada masa, korang kena tegas supaya tak menjadi mangsa.

Kalau korang jumpa penyewa jenis ni, tolak mereka baik-baik dan minta mereka cari rumah lain.

#3: Terlampau berahsia dengan tuan rumah

Penyewa yang serius, takkan mengelak bila ditanya soalan. Korang confirm dah tahu tentang ni.

Tapi kalau mereka mengelak untuk ditanya, korang ada hak untuk rasa sangsi. Lebih-lebih lagi mereka yang tak jawab soalan mudah seperti:

  • “Kerja dekat mana?”
  • “Berapa ramai yang nak tinggal dalam rumah ni?”

Tok tak tolak kemungkinan ini. Ada jugak penyewa yang berlagak baik sebelum mula menyewa. Tapi bila dah masuk rumah, mula buat hal.

Contohnya, mereka susah nak jawab soalan No. #2 tadi. Ada kemungkinan, rumah korang berpotensi jadi bisnes sublet mereka, tanpa kebenaran korang.

Nak elak masalah ni? Sewakan rumah kepada penyewa yang dah berkahwin saja. Sebab jenis macam ni, jarang buat perangai yang bukan-bukan.

#4: Suka ambil lewa semua perkara

Banyak yang kita boleh tahu tentang seseorang daripada penampilan diri mereka.

Kalau penyewa tu tak jaga asas kebersihan seperti bau badan (kes tak mandi), kuku panjang dan tak terjaga, korang nak ke sewakan rumah kat mereka?

Korang percaya ke mereka akan jaga rumah korang dengan baik? Padahal, kebersihan diri sendiri jelas tak terjaga?

Sama jugak. Korang jugak ada potensi dapat penyewa jenis yang susah nak berjumpa.

Mereka adalah jenis yang suka bagi alasan untuk tak berjumpa dengan tuan rumah. Apa-apa urusan, kena melalui ejen yang mereka lantik. Banyak cantik muka dia, kan?

Elakkan berurusan dengan orang jenis macam ni. Kalau nak jumpa dengan korang pun dah banyak bagi alasan, apa nanti alasan yang mereka bagi kalau lambat bayar sewa?

Dah la bayar sewa pun kantoi. Lepas tu, mengelak untuk berjumpa dengan korang face-to-face (bersemuka). Korang takkan sanggup layan penyewa macam ni.

#5: Kerja nak merungut (complaint) saja

Biasanya, penyewa jenis ni cari rumah sewa baru sebab tak tahan dengan tuan rumah lama.

Antara contoh cerita ‘sedih’ mereka seperti:

“Tuan rumah dulu, nak jugak saya bayar sewa tepat pada 28 haribulan. Bukan salah pun kalau ‘terlambat’ bayar. Gaji saya dapat lambat kot.”

… Dan macam-macam lagi cerita yang menggambarkan tuan rumah, sebagai ‘orang jahat.’ Padahal, mereka sendiri yang selalu buat hal.

Karakter macam ni yang patut korang elak ambil sebagai penyewa. Sebelum sewakan kepada mereka, tanya macam mana hubungan mereka dengan penyewa terdahulu.

Nak lagi best, minta nombor telefon tuan rumah sebelum ini. Kalau bakal penyewa tu jenis yang tak buat hal, dia tak patut takut bagi kat korang.

Apa lagi yang patut anda tahu?

Untuk keselamatan korang, sediakan dokumen perjanjian sewaan (rental agreement). Kalau tak nak tandatangan penjanjian tu, elak sewakan kepada mereka.

Baik lagi korang rugi sekarang, berbanding rugi lebih banyak dengan penyewa macam ni pada masa akan datang.

Pastikan korang periksa latar belakang, serta kaji kemampuan kewangan mereka semasa berjumpa.

Mungkin kita tak boleh elak 100% masalah.

Tapi paling kurang, korang boleh kurangkan risiko masalah daripada berlaku. Setuju?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here