Home Tip sewa rumah kepada penyewa “Rumah serupa kandang b***!” – 5 strategi elak dapat ‘penyewa dari neraka’

“Rumah serupa kandang b***!” – 5 strategi elak dapat ‘penyewa dari neraka’

3266
1
Sumber gambar - bidiclothing.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Bukan senang nak dapat penyewa yang tak buat hal.

Kalau dapat, sila bersyukur. Jarang-jarang boleh dapat penyewa yang tak bagi masalah kat tuan rumah.

Minggu lepas, kecoh kat timeline FB tentang ‘penyewa dari neraka’ yang Cikpuan Puteri Syafiqah kongsikan.

Korang boleh tengok gambar dan nilai sendiri. Teruk? Tok tak nafikan.

Dan macam mana korang (tuan rumah) boleh elakkan masalah ni berlaku? Hadamkan perkongsian Tok hari ni laju-laju.

Siapa sanggup tinggal dalam rumah macam ni? 

Apa perasaan korang (sebagai tuan rumah) bila tengok keadaan rumah macam ni? :

Sumber gambar – The Viral Stories (FB)
Sumber gambar – The Viral Stories (FB)
Sumber gambar – The Viral Stories (FB)
Sumber gambar – The Viral Stories (FB)
Sumber gambar – The Viral Stories (FB)
Sumber : The Viral Stories (FB)

Kita fikir yang elok-elok saja. Bahasa kasar yang keluar tu, semua sebab marah. Tapi kalau fikir logik, siapa yang tak mengamuk tengok rumah sendiri macam tu?

Mesti korang pening kepala tengok, kan?

Dah tak serupa rumah yang didiami manusia. Tok pun pelik macam mana mereka (penyewa) boleh tinggal dalam rumah yang keadaan macam ni.

Pendek kata, kita tak boleh jangka kebolehan mereka dalam memusnahkan rumah yang disewa.

Tu sebab, penting untuk korang (tuan rumah) buat tapisan sebelum bertindak sewakan rumah kepada penyewa.

Ini antara 5 strategi perkongsian Brenton Hayden yang korang boleh buat :

KLIK UNTUK BACA : Pastikan 5 klausa ini ada dalam tenancy agreement anda

Strategi #1 : Buat borang permohonan rumah sewa

Soalan-soalan yang betul boleh bantu korang untuk sewakan kepada penyewa yang tak bermasalah. Korang boleh tapis siap-siap gunakan kaedah ini.

Buat draf borang permohonan rumah sewa, dan bagi kat calon penyewa yang berminat nak sewa rumah korang.

Korang boleh tanya dan dapatkan maklumat asas seperti nama, tarikh lahir, nombor telefon, dan lain-lain yang berkaitan.

Dan sebelum tanya bila mereka boleh masuk rumah sewa, tanya jugak soalan seperti :

  • Ada bela haiwan peliharaan tak?
  • Merokok atau tak?
  • Pernah dihalau tuan rumah lain sebelum ini?
  • Pernah ada rekod jenayah sebelum ini?
  • Sebab berpindah dari rumah sewa lama?

Pastikan jugak korang minta rujukan penting seperti maklumat pekerjaan dan majikan, dan maklumat untuk hubungi tuan rumah terdahulu.

Strategi #2 : Jumpa dan interview bakal penyewa

Proses ni sangat penting, dan korang tak boleh skip kalau nak selamat.

Ini peluang untuk korang bersua muka dengan bakal penyewa. Korang boleh berkenalan dan kaji perwatakan mereka.

Antara soalan yang bagus korang tanya adalah :

  • Korang (penyewa) bergaji tetap (fixed income), atau lain-lain?
  • Apa sebab berpindah?
  • Dah berapa lama bekerja?
  • Berapa gaji bulanan korang (lepas tolak EPF, SOCSO)?
  • Berapa jumlah orang yang nak menetap dalam rumah?

Tujuan interview ni adalah untuk dapatkan idea sama ada bakal penyewa mampu menanggung kadar sewa bulanan, dan patuhi segala terma dan syarat korang tetapkan.

Kalau mereka elak jawab soalan ni, korang patut mula rasa sangsi.

Strategi #3 : Jadi Detective Conan, kaji latar belakang penyewa?

Dah dapat semua maklumat kat Strategi #2 tadi? Tiba masa untuk korang pulak buat ‘kerja.’

Periksa dan sahkan semua maklumat yang korang dapat tadi. Dari gaji bulanan, sampai la ke latar belakang kesalahan jenayah.

Bila bertanya kat rujukan (tuan rumah lama), tanya berapa lama mereka kenal bakal penyewa, dan tanya pendapat tentang kebolehpercayaan mereka.

Bila buat semua ini, korang boleh dapat gambaran yang baik tentang mereka (bakal penyewa).

Berhati-hati jugak kat tuan rumah yang sorokkan kebenaran. Mungkin mereka buat ini sebab dia pun dah ‘terkena’ dengan penyewa tu, dan nak halau mereka cepat.

KLIK UNTUK BACA : 8 tip owner wajib buat sebelum sewakan rumah

Strategi #4 : Tumpu 100% perhatian kat ‘petunjuk besar’

Korang boleh perhatikan beberapa isyarat penyewa yang bermasalah.

Kalau mereka (bakal penyewa) buatkan korang tak sedap hati, dan mereka nampak terdesak untuk menyewa secepat mungkin, ini boleh jadi tanda amaran.

Perhatikan jugak bakal penyewa yang suka persoalkan kandungan terma dan syarat. Kalau ada yang membantah, ini satu petanda yang mereka ni jenis susah patuh terma dan syarat yang korang tetapkan.

Penyewa yang tak bermasalah faham yang semua ini perlu diperiksa tuan rumah terlebih dulu, sebelum dibenarkan menyewa.

Jadi, kenapa kena kelam-kabut kalau tak buat salah, kan?

Strategi #5 : Raikan undang-undang. Ini hak mutlak anda

Memang penting untuk korang buat proses screening (tapisan). Tapi korang jugak kena pastikan semua tu, tepat dengan undang-undang.

Untuk perkara ni, Tok nasihatkan korang dapatkan bantuan peguam yang berpengalaman. Mereka akan ajar cara sediakan tenancy agreement yang akan selamatkan korang.

Dah buat tenacy agreement? Buat copy sebanyak 2 salinan, dan bagi satu kat penyewa.

Ini supaya mereka tahu apa akan jadi kalau mereka buat hal. Minta mereka baca dan fahamkan segala isi kandungan surat tu.

KLIK UNTUK BACA : “Saya buat 5 tip berkesan ini untuk halau penyewa bermasalah” – Jenny

Korang boleh elakkan diri jadi mangsa penyewa bermasalah ni. Cuma, kena pastikan korang buat semua tip yang Tok kongsikan kat atas tadi.

Tapi apa-pun, jangan ambil tindakan ikut hati ya. Takut nanti masalah lain pulak datang menyusul ke korang.

Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang nak sewakan rumah mereka. Ilmu baik macam ni, elok kita kongsi bersama.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here