5 perkara anda wajib kaji sebelum melabur di Sepang

Banyak yang korang kena kaji sebelum buat keputusan untuk beli hartanah pelaburan. Tak kisah la kat mana-mana lokasi pun.

Korang jangan risau, sebab tak rugi pun buat benda ni.

Takpe bersusah-susah dulu sekarang. Semua ni akan pastikan korang buat banyak duit masa jual balik rumah tu.

Dalam pelaburan hartanah, korang bergantung banyak kepada kenaikan capital appreciation untuk buat untung, sambil buat duit tepi dengan hasil sewa.

Dan hari ni, Tok akan fokus 100% dekat perbandaran Sepang. Berbaloi ke melabur dekat kawasan ni?

Ada apa dengan Sepang?

Sebelum Tok mula taip panjang-panjang, Tok nak cover sikit perkara yang basic dekat kawasan ni.

Sepang adalah sebuah perbandaran, terletak di Selatan Selangor.

Yang mana tak pernah dengar nama ni, korang confirm pernah dengar KLIA dan Sepang International Circuit yang setiap tahun jadi hos F1 Grand Prix.

Sepang boleh dikira sebagai jiran dekat Cyberjaya dan Putrajaya. Memang tak banyak entertainment dekat sini.

Yang terdekat dan grand adalah Alamanda Shopping Centre dan Mitsui Outlet Park KLIA. Memang korang kena berjalan sikit kalau nak berhibur pada hujung minggu.

Walaupun pernah dilabel sebagai tempat ‘jin bertendang,’ jangan korang pandang rendah pulak ya.

Kawasan ni pun boleh tahan banyak rumah landed bersaiz bagak dengan ciri-ciri mewah. Korang boleh tengok banyak unit macam ni dekat kawasan Sepang Gold Coast dan Bagan Lalang Beach.

Kerja dekat KLIA, MITSUI, atau KL Sentral? Mileage kereta anda confirm selamat

Selain tu, Sepang jugak ada pusat pengajian tinggi seperti Kolej Teknologi Timur (KTT), INTI International University, IKTBN Sepang, dan jugak Malaysian Aviation Academy (MAvA).

Kalau nak ke Kuala Lumpur pulak, korang boleh lalu ikut lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Korang boleh sampai dalam masa paling kurang 45 minit.

Ada jugak lebuhraya lain seperti ELITE dan MEX (Maju Expressway) yang korang boleh gunakan.

Tapi kalau korang nak ke KLIA, ambil masa tak sampai 20 minit pun, Kejap je berjalan, tau-tau dah sampai.

Dan kalau korang malas sangat nak drive (padahal Sepang kot. Bukan jam macam dekat Kuala Lumpur) ke KLIA, ada ERL Express untuk ke sana atau KL Sentral.

Bab kemudahan asas, memang banyak ada kat kawasan ni. Bank, kedai runcit atau pasaraya kecil, klinik dan pusat perubatan (PUSRAWI), dan macam-macam lagi.

Bab pembahagian mengikut grup etnik dalam kawasan ni, Tok ambil maklumat dalam blog PropSocial. Jemput rujuk gambar bawah ni:

Sumber gambar: PropSocial

Jawab dulu 5 soalan ini, baru boleh beli

Sebab kawasan Sepang ni boleh tahan besar, Tok kecikkan sikit skop kawasan supaya korang lebih mudah nak faham.

Tok akan ambil kira 3 kawasan berdekatan kat bawah ni:

  • Taman Salak Perdana,
  • Taman Dahlia,
  • Taman Mawar.

Dan Tok jugak akan pecahkan kepada 5 focus area untuk kita kaji, sama ada berbaloi atau tak melabur dalam kawasan ni.

5 poin yang Tok akan pecahkan adalah:

  • Berapa anggaran kadar sewa kawasan tu?
  • Apa jenis hartanah yang best dibeli sebagai pelaburan?
  • Berapa harga transaksi purata (average transacted price) dekat 3 kawasan tadi?
  • Berapa banyak lebuhraya (connectivity) yang ada?
  • Apa je kemudahan yang ada dekat sana?

Jom kita tengok satu-satu poin.

#1: Berapa anggaran kadar sewa dekat Sepang?

Nak tau berapa banyak korang boleh buat untung? Ini salah satu indikator terbaik yang korang boleh guna.

Daripada sini, korang boleh jelaskan ansuran bulanan rumah tu, tanpa gunakan duit sendiri. Dan kalau korang boleh sewa above harga pasaran sewa semasa, boleh la korang dapat duit lebih.

Tok bahagikan keputusan ni mengikut 3 kawasan yang Tok tentukan sebelum ni. Tok kaji ni pakai laman web PropSocial dan PropWall:

  • Taman Salak Perdana: RM700++ sebulan (rumah high-rise), dan RM900++ (rumah landed),
  • Taman Dahlia: RM300 hingga RM450 sebulan (rumah flat low cost), dan RM1,000 hingga RM1,200 (kondominium),
  • Taman Mawar:  RM1,100 hingga RM1,700 (rumah landed).

#2: Apa jenis hartanah yang bagus untuk pelaburan dekat sini?

Macam yang ramai dah sedia maklum, kalau dekat tengah-tengah Klang Valley, memang berbaloi kalau melabur dekat hartanah jenis high-rise (bertingkat) berbanding landed.

Cuma untuk pelaburan dekat kawasan Sepang, cara ni tak berapa nak sesuai sebab tak banyak lagi hartanah berstrata dekat sini.

Yang banyak dekat sini adalah hartanah jenis landed. Tapi tak bermakna korang takde peluang langsung nak buat duit dengan rumah jenis ini.

Antara strategi yang korang boleh buat adalah cari penyewa yang bekerja di sekitar kawasan Sepang, Cyberjaya, atau Putrajaya. Korang boleh target mereka yang bekerja di KLIA atau Mitsui Outlet Park.

Tu belum campur lagi dengan orang yang kerja sektor kerajaan yang berkerja kat Putrajaya. Ini contoh target penyewa yang korang boleh cari.

Senang nak dapat positive cash flow kalau…

Kalau nak cari penyewa student, Tok tak galakkan. Nak cari jugak, boleh. Tapi korang kena cari yang parents tak berkira bagi duit belanja banyak kat anak-anak.

Dan ada satu lagi yang Tok wajib pesan. Kaji dulu kelayakan korang untuk buat loan setiap kali sebelum buat keputusan membeli.

Anggaran harga rumah landed dekat sini sekitar RM300,000 hingga RM450,000, dan ini bergantung kepada keluasan hartanah yang nak dibeli tu.

Anggaran ansuran bulanan yang korang kena bayar adalah sekitar RM2,250.

Tapi pada masa yang sama, cari jugak hartanah jenis apartmen. Mana tau rezeki korang boleh dapat sebijik. Senang sikit nak dapat positive cash flow.

#3: Berapa harga transaksi purata (average transacted price) dekat kawasan ini?

Kalau data yang lebih tepat, cari paling kurang 10 hartanah dalam satu kawasan yang sama. Baru korang boleh bandingkan average transacted price.

Lebih banyak hartanah yang korang boleh bandingkan, lebih ngam data yang korang bakal dapat.

Tok bagi contoh. Katakan, korang nak dapatkan average transacted price dekat Taman Salak Perdana, Sepang.

Untuk tujuan ni, Tok gunakan laman web Brickz.com dan ambil 10 transaksi terkini yang ada dalam tu.

Jom kita buat kira-kira berdasarkan data kat bawah ni:

Sumber gambar: Brickz.my
  • (RM380,000 + RM390,000 + RM390,000 + RM500,000 + RM315,000 + RM430,000 + RM300,000 + RM390,000 + RM395,000 + RM285,000) / 10 =
  • Harga transaksi purata = RM377,500

Bermakna, RM377,500 ini harga purata untuk hartanah dekat kawasan Taman Salak Perdana. Pastikan supaya korang tak beli hartanah lebih daripada harga ni.

#4: Berapa banyak lebuhraya (connectivity) yang ada?

Ada 5 lebuhraya yang korang boleh gunakan untuk ke Sepang:

  • MEX (Maju Expressway),
  • Lebuhraya ELITE dengan akses ke jalan baru (B29),
  • North-South Highway via B32,
  • KLIA Expressway via B32,
  • Jalan Kajang-Dengkil via B48.

Penat atau malas nak drive kereta? Korang boleh guna kemudahan ERL dekat Salak Tinggi tu.

Bayar je tambang, naik keretapi tu dan sampai ke KL Sentral dalam masa 25 hingga 30 minit untuk satu trip. Nak ke KLIA pulak, ambil masa 5 minit je.

Ini kemudahan yang ada pada masa sekarang ni.

Bayangkan bila ada pulak sambungan (transit) ERL kepada LRT, Monorail, MRT, dan juga High Speed Rail yang memang dah ada dalam perancangan perbandaran Sepang.

Aspek connectivity yang mudah jugak akan bagi kesan kepada nilai hartanah pada masa akan datang.

Mana-mana hartanah yang dekat dengan kemudahan macam ni memang senang appreciate. Korang tengok la nilai hartanah yang walking distance dengan stesen LRT sebelum ni.

#5: Alang-alang dah sebut pasal kemudahan dekat Sepang…

Sepang ni tengah dalam fasa nak membangun. Tapi macam-macam jugak dah ada kat sini. Ini contoh segala kemudahan yang dekat dengan Salak Tinggi, Sepang.

Pusat membeli-belah yang ada semua dekat-dekat belaka. Ada TESCO dengan Giant yang hanya ambil masa 11 minit perjalanan.

Nak shopping barang branded macam kat JPO? Nak ke Mitsui Premium Outlet ambil masa lebih kurang 23 minit je.

Sekolah pulak memang banyak. Daripada tadika sampai la ke sekolah menengah, semua hanya ambil masa tak sampai 15 minit perjalanan.

Universiti pun banyak yang dekat-dekat jugak. Ada:

  • East College of Technology (0.5KM, 1 minit perjalanan)
  • UniKL MIAT (2.4KM, 3 minit perjalanan)
  • Inti Nilai International University (7.9KM, 10 minit perjalanan)
  • Nilai University (10.4KM, 13 minit perjalanan)
  • Manipal International University (10.8KM, 14 minit perjalanan)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (14KM, 17 minit perjalanan)
  • Xiamen University (12KM, 12 minit perjalanan)
Nota: Ini ada satu projek menarik yang Tok nak korang check it out. Klik sini sekarang.

Tapi tengok trafik la. Kalau jam, memang tak la cepat tu boleh sampai.

Pusat kesihatan pun ada 3. Yang paling dekat, Nilai Medical Centre yang ambil masa 11 minit perjalanan. Hospital Putrajaya dan National Cancer Institute pulak ambil masa dalam setengah jam.

Korang jangan menggatal terus beli 10 rumah dekat sana pulak. Apa yang Tok cakap ni hanya kajian secara umum je.

Nak tau dalam lagi tentang tempat tu? Sila buat due diligence sendiri. Nasihat Tok? Kenali tempat tu macam nak kenal seseorang yang korang nak jadikan pasangan hidup.

Buat ni, celah gigi korang je nak buat keputusan membeli. Nak takut apa? Macam-macam yang korang tau dekat tempat tu.

3 cara berkesan untuk anda beli rumah zero downpayment?

Sedap betul siapa yang tau game rumah second hand.

Masa awal-awal beli lagi, dah boleh buat banyak untung. Dan siapa yang tau cara, senang-senang je beli tanpa perlu letak down payment sampai berpuluh ribu.

Nak tau cara beli rumah second hand dengan modal ciput? Klik link bawah ni sekarang:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

341 Shares

4 thoughts on “5 perkara anda wajib kaji sebelum melabur di Sepang

  1. Sangt setuju dgn apa yg tok kongsi kan,

    Macam saya sendiri warga kl yang terpaksa kerja di Sepang nak dapatkan rumah sewa/ bilik sangat susah. Demand terlalu tinggi.

Leave a Reply