Home Kisah Inspirasi Lelaki ini kongsikan 5 pengajaran penting dalam bisnes dan pelaburan hartanah

Lelaki ini kongsikan 5 pengajaran penting dalam bisnes dan pelaburan hartanah

2380
4
SHARE
Sumber gambar - The Law Office of Anuj A. Shah, PC
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Banyak bisnes-bisnes besar yang terpaksa ‘bungkus’ sekarang.

Cabaran yang ada, tak mampu untuk semua harungi. Ada yang terpaksa mengaku kalah dan akur. Tak kurang juga yang bertindak learn and adapt.

Dan belum tentu lagi ilmu pelaburan 10 tahun lepas, boleh lagi kita guna pakai pada hari ini.

Cuma, ramai yang tak dapat terima hakikat dalam membuat perubahan. Biasa la tu, sebab dah selesa dengan apa yang ada.

Banyak yang korang boleh belajar daripada perkongsian bermanfaat Tuan Faizul Ridzuan ini. Jemput hadam.

Selesa : Sebab utama tak sanggup berubah?

Terbaca kisah hiba mengenai kisah usahawan jubah yang teraniaya disebabkan kewujudan GST. Dan dikaitkan jugak dengan penutupan beberapa cawangan hypermarket.

Saya baca, dan rasa macam ada beberapa pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini :

Pengajaran #1 : GST punca ramai bisnes lingkup?

Orang yang faham kiraan, akan tahu yang GST akan menyebabkan kos mereka meningkat minima 6%.

Tapi, profit margin untuk industri fesyen biasanya lebih dari 50%. Jadi, masih banyak lagi baki untuk bayar GST.

Masih lagi nak salahkan GST, atau kiraan kita sendiri yang tak betul? Dan adakah bisnes kita saja yang kena bayar GST, bisnes orang lain tak perlu?

Untuk industri hartanah, lebih banyak kondo mass market bawah RM500,000 yang dilancarkan hari ini, berbanding tahun 2014 – 2015 sewaktu GST diperkenalkan.

Pemaju yang dulunya kata mustahil untuk lancarkan produk 3 bilik berdekatan LRT dan MRT, boleh je buat produk sebegini pada hari ini.

Pendek kata :

“Adapt or die (Sesuaikan diri atau mati)”

Pengajaran #2 : Tak ambil kisah tentang perubahan sebab terlampau selesa

Orang lain jual baju online, korang pilih untuk bayar sewa RM30,000 di shopping mall. Walhal, jual benda yang sama.

Bajet RM30,000 tu, lagi bagus digunakan untuk online marketing dan buat free delivery. Kan lebih bagus macam tu?

Tapi, kenapa golongan ini seperti tak ambil peduli?

Sebab 5 tahun sebelum tu, bisnes okay je di shopping mall. Jadi, tak nampak keperluan untuk berubah. Tapi bila tersedar semua ini, dah terlambat nak ubah.

Industri hartanah pun, buat benda yang sama.

Ramai pelabur yang fikir strategi yang mereka buat 5 – 10 tahun lepas, masih lagi boleh diguna pakai untuk buat keuntungan. Terutama sekali mereka yang beli untuk flip.

Walhal banyak je projek yang siap tahun 2014 – 2015 yang kalau dijual hari ini, tak untung mana pun. Mungkin boleh rugi kalau tolak kos semua.

Trend pembelian dan sewaan dah banyak bertukar, tapi masih lagi fikir skil yang kita pakai 10 tahun lepas masih laku lagi.

Bila hartanah berbulan tak disewakan, mereka mula panik dan salahkan pasaran hartanah yang merundum. Padahal, diri sendiri yang ilmu tak cukup dan tak updated.

Success is a poor teacher, kan?

Pengajaran #3 : Perangai tiru dan ikut tanpa ilmu?

Bila keluar cerita viral jutawan-jubah-ketat, bulan depan beratus syarikat baru yang didaftarkan semuanya mahu jual benda yang sama.

Ye la. Tengok kat FB dan Instagram, semuanya elok-elok belaka, kan? Modal pun, kalau ikut cerita usahawan Fesbuk, hanya perlu seribu dua.

Yang cerita sewa berbulan tak bayar, supplier beratus ribu hutang tak bayar,  duit investor berjuta tak bayar, memang la mereka takkan cerita.

Suruh belajar berniaga betul-betul, tak mahu belajar. Sebab banyak terpengaruh cerita yang indah-indah belaka di Fesbuk. Orang tu buat mudah je.

Dan dalam hartanah jugak, banyak benda yang sama.

Hari-hari saya dapat berpuluh PM, tanya kat mana yang best nak beli. Bila suruh belajar, diam pulak.

Padah ikut sifu yang bukan-bukan

Tahu-tahu pulak, dan follow sifu-laut-dalam jumpa di Fesbuk, dan pergi buat pembelian bulk purchase.

2 tahun lepas, ada sifu suruh beli kedai hampir RM2.4 juta. Baru-baru ni, kena lelong pada harga RM1.3 juta. Rugi RM1.1 juta.

Sifu yang suruh beli pulak, hilang bertapa kat tempat lain mencari mangsa baru.

Umpama kita tengok billionaire tu korek hidung selepas masuk tangan dalam spender, dan kita pun follow atas sebab dia seorang billionaire.

Sebab kalau kita ikut macam tu, kita pun mesti akan jadi biilionaira jugak, kan?

Pengajaran #4 : Suka amalkan pemikiran jangka pendek

Apa yang korang buat, semata-mata untuk kaut keuntungan tanpa pedulikan impak masa panjang. Kerja nak ambil shortcut je memanjang.

Kalau jualan slow, mula la bagi diskaun melampau sebab nak tarik ramai orang datang.

Padahal setiap kali jual macam tu, sebenarnya dah banyak rugi. Semua ni sebab tak reti mengira terlebih dulu.

Takde hal. Janji dapat snap gambar dan upload, nak tunjuk ramai orang datang ke kedai kita.

Fokus peniaga adalah untuk tinggikan nilai produk kita, bukan lawan harga. Tapi ramai yang prefer lawan harga, dan lepas 1 – 2 tahun, rugi sebab takde keuntungan.

Hartanah pun, lebih kurang sama

Ramai je kot yang suka dengar janji ‘bulan dan bintang’ daripada penjual. Suruh belajar ilmu sewaan, tak mahu.

Lepas tu, pergi beli projek GRR (Guaranteed-Rental-Return) 200 tahun. Bila GRR mula sangkut bayar lepas 6 bulan, mula la meroyan kat Fesbuk.

Bila suruh jaga cash flow, tak mahu sebab tak tahu main katanya. Kita nak jual lepas siap untuk kaut untung beratus ribu, tambahnya lagi.

Lepas siap, negative cash flow beribu. Nak jual pulak, tak boleh.

Hartanah ni, game 10 tahun guys. Pelaburan jangka masa panjang.

Pengajaran #5 : Bisnes easy entry senang buat duit?

Sebab ramai yang nak untung cepat, ramai yang buat bisnes yang senang dimasuk atau easy entry business.

Contohnya macam bisnes tudung, jubah, vape, pomade, bitcoin, homestay, dan macam-macam lagi.

Tak salah pun buat bisnes macam ni. Tapi bila combine dengan short term thinking, tu jadi bahaya.

Kalau benda tu easy entry untuk kita, ia jugak akan jadi easy entry untuk pesaing lain jugak la, kan?

Kalau ambil masa tak sampai sebulan untuk mulakan bisnes tu, percaya la, akan ada orang lain yang akan buat benda yang sama dalam masa 7 hari saja.

Senang masuk dan senang tiru.

Macam mana nak survive bila orang lain buang harga dan korang takde penjenamaan, atau kredibiliti yang memisahkan antara korang dan pesaing lain?

Pengalaman, tak terukur nllainya

Amazon ambil pelaburan berbilion dan perlukan bertahun sebelum untung. Zara (jenama pakaian) pun sama, although tak perlu tunggu selama Amazon untuk untung.

Saya mula mengajar tentang hartanah hanya tahun ke-9 melabur dan untung. Sekarang dah masuk 12 tahun melabur sendiri dan mengurus portfolio klien saya yang bernilai RM150 juta hari ini.

Tahun ni, baru berani nak caj fee lebih RM1,000 selepas 12 ada pengalaman dan beli dan menguruskan portfolio bernilai RM150 juta.

Saya boleh dan berani minta fee lebih tahun depan (kita naikkan fee setiap tahun, by the way), sebab saya akan lebih berpengalaman dan lebih ilmu yang boleh saya kongsikan dengan pelajar saya.

Saya mampu tambah nilai kepada pelajar saya, dan mereka tak kisah bayar lebih.

Berapa ramai pengajar di luar sana yang ada pengalaman sama (atau lebih) dari saya, dan sanggup kongsikan ilmu mereka?

Tak ramai, kan?

Tak apa kalau tak ikut perubahan?

Ada orang jual nasi lemak RM2, dan ada kedai yang jual nasi lemak pada harga RM10.

Tapi harga ni, bukan mereka dapat lepas 3 bulan berniaga. Tapi lepas dah 10 tahun pengalaman jual nasi lemak.

Sebab lepas 10 tahun, 3 perdana menteri, artis pelbagai makan kat kedai mereka. Hari-hari orang penuh makan nasi lemak tak kira pagi atau malam.

RM10 pun orang bayar, dan mereka tak kisah pun pasal orang lain yang jual nasi lemak RM2, tak sampai 50 kaki dari kedai mereka.

Pasaraya Giant kena bayar GST, Tesco dan Cold Storage pun kena bayar GST jugak. Tak nampak pulak Cold Storage, Mercato, dan Tesco tutup sekali dan join Giant.

Hari Jumaat lepas, saya beli groceries dari Tesco Online (mereka hantar barang terus ke rumah). Giant? Masih mengharapkan foot traffic ke mall mereka bila orang lain dah buat delivery ke rumah.

Zaman sekarang, bisnes kena fokus kat apa yang pelanggan mahu. Bukan apa yang kita rasa best.

Ada sebab harga Rolls Royce mahal gila

Sekian perkongsian saya pada hari ini. Ingat ya, Toyota hanya perlukan 13 jam untuk dibina. Tapi Rolls Royce perlukan masa 6 bulan.

Korang rasa, ada Rolls Royce kisah tak bila Toyota jual kereta mereka 20 kali ganda lebih murah?

Ada sebab kenapa benda yang berharga, memang akan ambil masa. Hartanah pun sama, dan ini yang selalu saya pesan kepada pelajar Sarjana Hartanah dan MEB.

Untuk dapatkan pulangan 7 angka, akan perlukan masa 7 hingga 10 tahun bila beli hartanah yang betul.

Boleh kongsi apa yang korang belajar dari perkongsian saya hari ini?

Bukan satu kerja mudah untuk hadapi perubahan. Tapi kalau tak, pelaburan atau bisnes korang takkan boleh survive lama.

Yang penting, korang jangan mudah mengaku kalah. Korang masih boleh cari ilmu untuk hadapi semua yang mendatang.

Perkongsian ini bermanfaat? Silakan SHARE kat kawan-kawan korang supaya lebih ramai dapat belajar ilmu power ini.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here