PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 langkah wajib buat bila peguam hartanah songlap duit anda. Ikut nasihat lelaki ini

Dalam urusan jual beli hartanah, tak semua perkara kita boleh buat sendiri.

Dan atas sebab ini, ramai yang dapatkan bantuan peguam hartanah untuk pastikan urusan jual beli berjalan lancar.

Cuma, tak semua peguam hartanah boleh diharap. Ada jugak jenis yang suka ‘makan orang.’ Bak kata pepatah :

“Harapkan pagar, pagar yang makan padi.”

Takpe. Korang pasti tau nak buat apa lepas hadamkan perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor yang awesome ni.

Apa yang anda boleh buat kalau terkena dengan peguam macam ni?

Sejak akhir-akhir ini banyak saya dengar rungutan daripada orang awam tentang kes peguam hartanah yang didakwa melakukan penyelewengan terhadap wang anak guam (stakeholder moneis) mereka.

Antaranya termasuklah peguam gagal melepaskan bayaran harga jual beli yang telah diterima daripada bank kepada penjual, menggunakan wang stakeholder untuk tujuan peribadi, gagal dan cuai menguruskan kes dengan baik dan sebagainya.

Antara tindakan yang boleh diambil oleh anak guam terhadap peguam yang melakukan salahlaku seperti di atas adalah seperti berikut :

#1 : Anda boleh buat aduan kepada Majlis Peguam

Setiap aduan yang dibuat akan diterima oleh Majlis Peguam, dan Satu Jawatankuasa Tatatertib akan ditubuhkan untuk menyiasat aduan yang dikemukakan.

Pihak yang mengadu dan peguam yang diadu akan dipanggil untuk satu inkuiri di hadapan Lembaga Tatatertib Majlis Peguam.

Di mana, anak guam hendaklah mengemukakan bukti bukti yang berkenaan semasa inkuiri tersebut.

Jika didapati bersalah, peguam tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam seperti amaran keras, arahan untuk peguam mengembalikan wang anak guam, denda, sijil amalan guaman mereka boleh digantung.

Dan nama mereka boleh di nyah daftaraikan (struck off) sebagai peguambela dan peguamcara.

KLIK UNTUK BACA SEKARANG : Nak beli rumah under construction, tapi tak tahu macam mana? 

#2 : Tuntut balik apa yang peguam tu dah ‘makan’

Sekiranya peguam tersebut didapati bersalah oleh Lembaga Tatartib dan nama mereka telah dinyah daftaraikan (struck off) sebagai peguambela dan peguamcara, anak guam yang mengalami kerugian tersebut boleh menuntut ganti rugi terhadap Majlis Peguam melalui Dana Pampasan (Compensation Fund).

Di mana setiap tahun, setiap kali peguam ingin memohon pembaharuan sijil amalan guaman mereka, peguam hendaklah mengemukakan sejumlah wang kepada Majlis Peguam untuk tujuan Dana Pampasan tersebut.

Walau bagaimanapun, pampasan tersebut tertakluk kepada jumlah dana yang ada untuk tahun tersebut. Dan pampasan yang akan diberikan adalah berdasarkan kepada case to case basis.

#3 : Anda juga boleh fail tuntutan sivil

Selain daripada itu anak guam juga boleh memfailkan tuntutan sivil terhadap peguam yang gagal menjalankan tugasan mereka, sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada anak guam.

KLIK UNTUK BACA SEKARANG : Mark-up loan – Sanggup ke anda tadah 7 risiko ini? 

#4 : Peguam tu boleh tuntut pampasan jugak?

Ini pula untuk kes kecuaian yang dilakukan oleh peguam.

Sekiranya tuntutan sivil dibuat terhadap peguam oleh anak guam, dan peguam tersebut telah diarahkan oleh mahkamah untuk menjelaskan amaun ganti rugi kepada anak guam mereka, maka peguam tadi boleh menuntut pampasan di bawah dengan syarikat insurans di bawah profesional indemnity coverage (Perlindungan Tanggungrugi Profesional) setakat had maksimum perlindungan yang mereka ambil.

Walau bagaimanapun, tuntutan di bawah profesional indemnity coverage ini tidak terpakai dalam kes di mana peguam tersebut didapati melakukan salahlaku jenayah.

#5 : Anda terkena? Terus buat laporan polis

Selain daripada itu, anak guam juga boleh membuat laporan polis terhadap peguam tersebut.

Pihak polis akan membuat siasatan, dan jika terdapat bukti yang peguam tersebut melakukan elemen-elemen jenayah seperti penipuan atau pecah amanah, mereka boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan seperti di atas.

Dan jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di penjara dan disebat.

KLIK UNTUK BACA SEKARANG : Jimatkan kos peguam. Buat sendiri 3 perkara ini lepas beli rumah second hand. 

Sebelum pilih peguam, sila berfikir panjang dulu

Ini antara remedi yang ada dari sudut perundangan yang boleh diambil oleh anak guam sekiranya peguam mereka melakukan kesalahan disiplin sebagaimana di atas.

Walau bagaimanapun saya berpendapat, anak guam hendaklah lebih berhati-hati sebelum melantik sesuatu peguam untuk urusan hartanah mereka supaya tidak terlantik peguam yang tidak profesional, tidak menjalankan tanggungjawab mereka serta tidak jujur dan amanah.

Pada posting yang akan datang saya akan kongsi kan pula beberapa tip penting untuk anda memilih peguam yang beretika, profesional, jujur dan amanah untuk mengelakkan masalah di atas berlaku kepada diri anda.

Nota : Jika perkongsian ini bermanfaat, sila SHARE supaya lebih ramai yang faham akan hak mereka.

Cara paling senang nak elak masalah ni dah pun dijelaskan kat atas tadi.

Korang sendiri yang perlu pastikan yang peguam tu, jenis yang boleh dipercayai. Tau atau tak tau buat kerja, tu korang boleh letak sebagai No.2 (tapi korang wajib pastikan perkara ni jugak ya).

Tok sayang korang. Tak sanggup tengok duit korang (yang susah-susah korang cari tu), melebur tak tentu pasal.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Asalammuailkum tuan..trima kasih atas sharing info pd sy.. Sy sgt Berterima kasih pada tuan.. Sebab situasi sy ni dh trjdi sy..peguam sy lepas kn loan pada pnjual disebabkan itu banyak hutang yang outstanding dari owner lama saya yang kena tanggung..macam maintenance fee, iwk, cukai tanah, bil air.. Kos dlm rm9k