PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 cara jimatkan duit belanja harian anda (dan elakkan berlapar sampai hujung bulan)

Dengan situasi ekonomi Malaysia yang tengah menjunam sekarang, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.

Sebelum bertindak salahkan kerajaan yang memerintah, cuba perhatikan diri sendiri dahulu.

Tak ada siapa dapat berubah, kecuali orang itu bertindak mengubah diri sendiri.

Korang tengah cari tip nak jimatkan duit?

Tok ada baca tip oleh Fara Joifin ini di blog comparehero.my, dan ia kena dengan topik yang tengah kita bincangkan ini.

Tip #1: Pelan makanan harian anda dengan bijak.

Anda pernah kira jumlah belanja harian untuk makanan sahaja (breakfast, lunch, dan dinner)?

Ramai yang mengaduh. Masa “lunch” sahaja, dah telan kos dekat RM10. Belum lagi campur dengan kos sarapan dan makan malam (silap-silap lebih RM30 – RM50 sehari).

Inilah realiti. Harga makanan dah semakin mahal.

Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat. Gambar bawah ini sebagai contoh pelan makanan yang boleh kita jadikan sebagai rujukan:

www.comparehero.my

Sumber: www.comparehero.my

Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.

Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?

Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.

Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

Tip #2: Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.

Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.

Tak semua orang suka simpan resit, atau merekod (menulis) setiap perbelanjaan dalam buku nota.

Dan tak perlu terkejut. Setiap perbelanjaan kecil adalah sebab utama yang selalu koyakkan bajet kita.

Cuba perhatikan semula. Adakah kita selalu beli air mineral, kopi, snek seperti gula-gula, atau sebagainya?

Dah cuba jumlahkan kos ini? Berapa jumlahnya untuk tempoh sebulan? Dan untuk kes biasa, jumlah ini tak sikit dan mampu kacau kesihatan kewangan kita.

Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.

Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.

Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.

Nak sedikit tip? Ada banyak aplikasi smartphone yang membantu uruskan hal ini secara efisyen.

Tip #3: Jenama tak terlalu penting.

Kenapa Tok cakap macam ini?

Tok tak berniat nak hentam semua barangan yang berjenama. Cuma, cuba kita tumpukan kat barangan isi rumah (toiletries) untuk perkara ini.

Mari kita kaji dan kira. Berapa banyak duit yang kita habiskan untuk membeli barangan ini setiap bulan?

Kalau nak buat perbandingan, barangan isi rumah yang tak berjenama dah cukup memadai untuk kita gunakan.

Ia berikan fungsi yang sama, dan kita tak perlu membayar kos ekstra untuk jenama yang terkenal.

Bayangkan. Berapa banyak boleh kita jimatkan apabila membeli barangan isi rumah yang tak berjenama?

Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.

Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.

Bukan takat boleh buat kerja rumah macam biasa. Malah boleh jimatkan banyak duit kita. Boleh mula menyimpan sikit-sikit, daripada tak menyimpan langsung.

Tip #4: Latih diri menahan nafsu berbelanja.

Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.

Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.

Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.

Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri. Kalau sanggup buat, kita masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus merosot.

Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.

Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

Tip #5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.

Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:

  • Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
  • tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
  • kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.

Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.

Beri perhatian kat perkara seperti keahlian gym, pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.

Kalau tak kerap ke gym, potong keahlian ini daripada terus membazir. Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.

Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.

Kalau korang ada tip sendiri, boleh sahaja tambah dan kongsikan kat ruangan komen. Lagi ramai yang tahu, lagi bagus.

Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif.

Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain. Sekian pesan Tok dan semoga korang semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *