PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

4 perkara yang anda wajib kaji sebelum pilih loan untuk rumah pertama

Boleh jadi korang akan susah kalau tersilap pilih loan rumah.

Bayangkan kalau tersalah pilih. Pasti kewangan korang sedikit sebanyak akan terjejas. Tambahan pula, duit tu akan dibazirkan begitu saja.

Dan mesti korang tak nak perkara ni berlaku, kan?

Nak elakkan masalah ni? Ada beberapa perkara yang korang wajib buat. Jom baca perkongsian Iris Lee yang Tok baca dekat blog iMoney ni.

Dengan ilmu ni, korang boleh elakkan kerugian sehingga beribu ringgit.

#1: Kadar tetap atau yang boleh berubah-ubah? 

Korang pasti dah tahu pasal jenis loan rumah yang ada dalam pasaran. Kalau belum, korang boleh klik sini dan baca perkongsian Tok yang lepas ni.

Ini adalah perkara yang berdasarkan common sense. Ia penting, tapi kita tak seharusnya jadikan perkara ini sebagai aspek wajib dalam memilih loan rumah yang tepat.

Kadar interest yang rendah dah pasti akan nampak lebih menarik perhatian. Tapi, tak bermakna ia tergolong sebagai loan yang terbaik dalam pasaran secara automatik.

Biasanya, kadar faedah pinjaman rumah bergantung kat jumlah pinjaman yang kita buat dan juga jenis loan (kadar tetap atau kadar fleksibel).

Lebih tinggi jumlah pinjaman, lebih rendah faedah yang bank akan kenakan.

Contoh yang bantu anda faham

Katakan, korang buat loan sebanyak RM500,000 dan tempoh pinjaman (loan tenure) pula sepanjang 35 tahun. Bank pula, korang pilih Al-Rajhi dan Affin Bank dengan kadar faedah 4.35% dan 4.40%.

Sumber asal: iMoney

Sumber asal: iMoney

Dengan merujuk contoh kat atas ni, korang terpaksa bayar lebih (sebanyak RM6,300) faedah walaupun beza kadar faedah sebanyak 0.05% saja.

Selain tu, kadar Overnight Policy Rate (OPR) juga memainkan peranan dalam menentukan naik turun kadar faedah pinjaman jenis fleksibel (semi-flexi dan full-flexi).

Kadar ini bergantung kat BR (Base Rate) yang berpandukan kepada kadar OPR yang naik atau menurun.

Dan kalau kadar ini meningkat lebih tinggi berbanding kadar faedah tetap, dah tentu loan dengan kadar faedah tetap takkan kelihatan menarik pada pandangan korang.

Cuma, kadar faedah yang naik tu sentiasa ada potensi untuk turun balik.

Sumber asal: iMoney

Sumber asal: iMoney

Perbandingan antara pinjaman fleksibel dan kadar tetap (flexi loan dan basic term loan) atas ni menunjukkan, yang korang akan membayar sebanyak RM61,545.38 jumlah faedah kalau korang ambil pinjaman jenis fleksibel.

Beza pembayaran yang anda patut tahu

Kalau korang ambil pinjaman kadar tetap pula (pada kadar 4.39%), jumlah faedah yang korang bakal kena bayar adalah sebanyak RM64,640.75.

Beza antara 2 jumlah ini adalah RM3,095.37 untuk jangka masa hanya 3 tahun! Bayangkan pula kalau kita terus bayar sampai habis tempoh pinjaman.

Tapi, kalau OPR dijangka meningkat sekali lagi, kadar tetap (fixed loan) boleh menjadi pilihan yang terbaik, sebab ia takkan terkesan dengan naik turun kadar ini.

Apa-apa pun, ini adalah risiko yang kita kena tanggung.

Dan selalu ingat ya, Pinjaman rumah adalah sejenis pinjaman yang memakan masa yang agak panjang (maksimum 35 tahun).

Korang bukan saja perlu membandingkan kadar tetap dan kadar fleksibel sebelum membuat permohonan.

Tapi fikirkan sekali sama ada korang mampu tanggung dan bayar loan ini untuk jangka masa panjang atau sebaliknya. Kalau tak, susahkan diri koran sendiri je nanti.

#2: Nak pilih pinjaman flexi, atau fixed term loan?

Ada macam-macam jenis pinjaman yang korang boleh dapatkan untuk membiayai rumah.

Dan Tok tak cakap pula kita cuma perlu gunakan 1 jenis loan saja, sebab setiap loan ada kegunaan dan keistimewaan masing-masing.

Sebagai contoh, pinjaman jenis full-flexi adalah baik kalau kita tak mempunyai pendapatan tetap, dimana korang dapat duit yang lebih banyak pada bulan ini berbanding bulan yang lain.

Atau, korang jenis yang suka menyimpan dan ada banyak simpanan, dan mampu membayar ansuran yang lebih banyak daripada yang telah ditetapkan.

Apa-apa bayaran tambahan yang korang buat, secara automatik akan mengurangkan jumlah principal pinjaman, dan menyebabkan kadar feadah menjadi lebih rendah sepanjang tempoh pinjaman.

Ada sebab kenapa pinjaman jenis ini ada kaitan dengan akaun semasa (kita kena buka akaun semasa kalau pilih pinjaman jenis fleksi).

Tak semua benda percuma

Cuma, ada yuran penyelenggaran yang kita kena tanggung (biasanya RM10 sebulan, bergantung kat bank mana yang kita apply). Bermakna, korang akan bayar bank sebanyak RM4,200 untuk pinjaman bertempoh 35 tahun.

Rugi tak gunakan kelebihan ini kalau korang dah bayar.

Sama juga dengan pinjaman separuh fleksi (semi-flexi), yang membolehkan korang kurangkan jumlah pokok dengan membuat bayaran tambahan.

Walau bagaimanapun, korang perlu membuat permintaan rasmi dan akan dikenakan bayaran tambahan kalau korang nak keluarkan duit dalam akaun di kemudian hari.

Kalau korang mempunyai corak aliran tunai (pendapatan) yang boleh dijangka setiap bulan, pinjaman tradisional (basic term loan) mungkin boleh jadi pilihan yang terbaik.

Untuk purata rakyat Malaysia, adalah lebih baik mendapatkan pinjaman separuh fleksi (semi flexi loan) kalau korang merancang untuk membayar lebih sekali-sekala.

Tapi, kalau korang ada pendapatan bulanan yang tetap dan stabil, tak salah untuk dapatkan pinjaman jangka asas (basic term loan), terutama sekali kalau korang dapat kadar faedah yang lebih baik berbanding pinjaman flelksi.

#3: Berapa banyak margin pembiayaan yang anda dapat?

Tok yakin semua dah sedia maklum. Kita perlu gunakan lebih banyak wang untuk membeli hartanah ke-3 dan seterusnya.

Buat pembeli yang nak beli hartanah pertama dan ke-2, korang akan dapat margin pembiayaan sebanyak 90% daripada bank.

Tapi, bank juga mengambil kira pelbagai faktor lain dalam membuat tawaran pinjaman seperti nilai sesebuah hartanah dan juga kesihatan kredit pemohon.

Lain bank, lain margin pembiayaan yang mereka berikan. Ia berbeza-beza untuk setiap bank.

Amaun tunai minimum yang korang perlu sediakan adalah 10% daripada harga jualan rumah yang korang nak beli tu.

Dan kalau korang tak dapat margin pembiayaan 90% ini, korang terpaksa keluarkan lebih banyak duit untuk down payment.

Sebagai contoh, hartanah harga RM500,000 perlukan jumlah pendahuluan sebanyak RM50,000 (10% daripada harga jualan hartanah) untuk 90% margin pembiayaan.

Katakan pula korang hanya dapat 80% margin pembiayaan. Jumlah down payment yang korang kena bayar akan berubah jadi RM100,000 (20% daripada harga jualan).

Beza ini yang korang kena jaga-jaga.

#4: Perlu ke lock-in period?

Korang nak beli hartanah tu untuk duduk sendiri, atau dibuat sebagai pelaburan?

Jawapan kepada soalan ini akan mempengaruhi pemilihan pakej pinjaman untuk rumah anda.

Kalau korang beli hartanah untuk pelaburan, di mana kita akan memajak atau menjual hartanah itu bila nilai meningkat (capital appreciation), pinjaman dengan lock-in period jangka masa pendek atau tiada lock-in period boleh jadi pillihan terbaik buat korang.

Tempoh lock-in period ini merujuk kepada tempoh pinjaman rumah korang, di mana korang akan dikenakan penalti bila menjual rumah itu sebelum tempoh pinjaman berakhir.

Dengan menjual hartanah atau melangsaikan pinjaman sepenuhnya dalam tempoh lock-in period ini, korang perlu bayar penalti sebanyak 2 hingga 3% daripada jumlah pinjaman asal.

Katakan…

Korang meminjam RM500,000 daripada bank A.

Kalau jual rumah sewaktu lock-in period sedang berjalan, korang akan dikenakan RM10,000 penalti.

Tapi, kalau capital appreciation ke atas hartanah tu tinggi, korang takkan terkesan sangat sebab untung dah boleh cover bayar penalti yang dikenakan.

Nasihat Tok, adalah lebih baik korang tunggu hingga tempoh ini habis sebelum korang bertindak menjual hartanah tu.

Ini ada berita baik. Banyak pinjaman Islamik takde lock-in period ni, dan kadar faedah juga tak banyak beza dalam kebanyakan kes.

Sebelum buat sebarang keputusan, Tok nak korang fahamkan tindakan yang bakal korang ambil tu ya.

Boleh jadi kalau tersilap langkah, banyak duit korang akan rugi sebab terpaksa bayar lebih berbanding yang sepatutnya.

Tapi, Tok yakin korang takkan buat kesilapan ni. Sebab korang dah habis baca apa yang Tok kongsi ni, kan? Semoga berjaya, Tok doakan untuk korang semua.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *