PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
gila-hartanah

3 strategi berkesan simpan duit sampai berbukit (berdasarkan pengalaman sebenar, yang Tok sendiri suka baca).

Korang ada masalah nak simpan duit?

Dah jadi lumrah rata-rata manusia.

Kalau baru dapat gaji, macam-macam benda kita nak beli.

Bila tengah ada duit, godaan nak berbelanja jadi bertingkat-tingkat.

Akhirnya, ramai jadi hamba nafsu yang kita sendiri tak belajar nak kawal.

Kalau dah biasa manjakan diri dengan perkara ini, kita ada potensi besar untuk gagal dalam bab uruskan kewangan.

Kalau duit yang sikit tak boleh nak urus, bagaimana kalau dapat duit yang banyak?

Tok tak pernah pandang rendah kepada kemampuan korang dalam bab ini.

Tok yakin korang ada potensi nak jadi kaya dan bertambah lebih kaya.

Dah jadi tanggungjawab Tok untuk bantu korang yang ada masalah ini.

Tak apa.

Korang boleh baca tip daripada Tuan Mohd. Zulkifli ini.

Strategi ini beliau gunakan untuk elakkan duit simpanan beliau bocor, dan korang boleh gunakan untuk diri korang sendiri. Selamat berjaya!

Strategi #1: Kalau sanggup buat ini, masalah disipin untuk simpan duit dapat dibendung dengan efektif. 

Untuk simpanan jangka masa pendek dan sederhana, Tuan Mohd. Zulkifli simpan duit dalam Tabung Haji dan ‘hilangkan’ buku simpanan dengan sengaja.

Ini sebab duit dalam Tabung Haji tak boleh kita keluarkan tanpa buku Tabung Haji.

Cara ini akan jadikan duit simpanan kita sentiasa bertambah.

Cuma kita tak nampak jumlah duit itu.

Tahu-tahu, duit dah ada banyak dalam akaun itu.

Satu perkara yang bagus, kan?

Satu lagi. Elakkan beri akses kepada kad ATM Bank Islam atau Bank Rakyat dari di-link dengan akaun Tabung Haji kita.

Dengan ini, kita susah nak keluarkan duit dengan mudah.

Kalau terpaksa pakai duit, kita akan cari inisiatif lain dahulu.

Hasilnya, kita dapat buat duit kita bertahan lebih lama dalam akaun itu.

Strategi #2: Tukarkan duit kepada benda yang kita tak boleh belanja. 

Untuk simpanan jangka masa sederhana dan panjang, Tuan Mohd. Zulkifli akan tukarkan duit itu kepada emas.

Beliau tak pernah menjual simpanan emas yang disimpan daripada tahun 2010, dan ia masih bertahan sehingga artikel ini ditulis oleh beliau.

Ini adalah salah satu contoh terbaik yang boleh kita pelajari bersama.

Tanam dalam-dalam rasa sayang untuk jual emas yang kita dah kumpul.

Emas memang cantik, dan Tuhan jadikan manusia sukakan benda yang cantik dan indah.

Sebab itu ramai yang sukakan emas.

Banyak kes orang yang suka simpan emas, jadi berat nak jual emas itu.

Rasa sayang ini jadi sebab utama duit simpanan kita itu boleh bertahan lama.

Nota Tambahan: Biasanya, orang akan pilih emas sebagai aset kedua terakhir untuk dijual (sebelum jual rumah) bila terdesak nak pakai duit. Dah jadi kes biasa orang yang jual emas, bermakna mereka dah tak ada duit lain lagi untuk diguna.

Strategi #3: Laburkan duit kepada perkara yang boleh jana duit untuk kita (tanpa perlu bekerja). 

‘Benda’ ini maksudnya hartanah.

Ini adalah pelaburan terbaik untuk simpanan jangka masa panjang.

Lebih-lebih lagi, nilai hartanah meningkat dari tahun ke tahun.

Lebih baik kalau hartanah itu dapat kita sewakan dengan harga yang lebih tinggi. berbanding ansuran bank yang kita bayar.

Duit lebihan boleh jadi duit untung, tanpa perlu kita bekerja.

Sekitar akhir tahun 2008, Tuan Mohd. Zulkifli membeli rumah daripada pemilik lama dengan harga RM120,000.

Pemilik lama bayar ansuran bank sekitar RM600 sebulan, dan sewakan dengan harga RM750 sebulan (walaupun kadar sewaan semasa sekitar RM900 ke RM1,200).

Pemilik lama rumah itu dapat untung sebanyak RM100 sebulan lepas tolak kos penyelenggaraan (sebanyak RM50 sebulan).

Cuba bayangkan kalau beliau naikkan sewa kepada harga sewaan semasa.

Agak-agak beliau boleh untung berapa banyak?

Itu belum kira kalau kita masukkan perabot, Internet dan hiaskan rumah itu dengan baik.

Dah tentu kita boleh naikkan kadar sewa untuk rumah yang fully furnished.

Penyewa hanya perlu bayar sewa dan duduk sahaja, dan tak perlu pening kepala nak beli perabot dan sewa kemudahan Internet.

Pada tahun ini, pemilik lama itu nak balik ke kampung halaman beliau dan jual rumah itu kepada Tuan Mohd. Zulkifli (dengan harga RM215,000).

Selepas buat kira-kira, pemilik lama itu dapat cash out sebanyak RM100,000 (selepas tolak susut nilai pinjaman).

Untung yang beliau dapat adalah sebanyak 400%.

Jadi, kita boleh simpulkan disini.

Dengan membeli hartanah, duit kita bukan sahaja selamat daripada berlaku sebarang kebocoran dan bertahan lama.

Ia juga akan terus-menerus meningkat berkali-kali ganda, dengan izin Allah S.W.T.

Anda boleh elakkan satu perkara ini (kalau benar-benar serius tak nak jatuh miskin). 

Perkara yang Tok suka nak pesan adalah, korang boleh belajar jaga nafsu supaya ia tak bertindak makan diri kita.

Kalau cerita pasal nafsu, memang tak akan habis.

Senang cerita, setiap hari kita akan berperang dengan nafsu kita sendiri.

Nafsu nak baring lebih lama atas katil (kes susah nak bangun solat subuh), nafsu nak makan banyak, dan macam-macam jenis nafsu lagi yang ada.

Kalau korang (termasuk Tok sekali) boleh lawan nafsu ini, tak mustahil kita boleh kawal diri kita daripada serangan pelbagai jenis nafsu lain.

Yang terbaik kita boleh buat adalah belajar dan terus buat.

Ulang proses ini sampai ia masak dengan diri kita. Semoga Allah S.W.T mudahkan korang menghadam ilmu ini, dan ringankan hati korang untuk amalkan ia sentiasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *