3 soalan wajib jawab sebelum beli rumah subsale yang anda suka

3 soalan wajib jawab sebelum beli rumah subsale yang anda suka

2641
0
SHARE
Sumber gambar - Gila Hartanah
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dah lama terlibat dalam arena pelaburan hartanah? Korang mesti sedar yang industri ni selalu berkait rapat dengan permainan ‘emosi.’

Bila suruh mengaku, mungkin ramai yang akan bagi maklum balas macam ni :

“Mana ada ikut emosi. Saya buat kajian dulu dan berfikir secara logik sebelum beli mana-mana rumah.”

Tapi secara tak sedar (subconsciously), emosi kita secara tak langsung akan mempengaruhi keputusan membeli.

Dan kalau tak berjaga-jaga, benda ni akan makan balik diri korang nanti. Hadamkan perkongsian ilmu Tuan Khai Yin ni untuk tau lebih lanjut.

Sebab ‘aku rasa’?

“Aku rasa ‘good vibe’ (aura yang baik) dekat sini, sebab tu aku beli rumah ni.”

Kalau ada keluar ayat ni kat mulut (atau sekadar dalam kepala otak kita), bermakna korang dah sedia jadi mangsa serangan emosi.

Hakikatnya, memang senang ‘jatuh hati’ kat rumah yang korang dah lama target, dan termasuk dalam range bajet yang korang dah ditetapkan.

Minda korang akan mula bermain helah, dan korang akan cuba untuk mencari seberapa banyak perkara yang baik tentang rumah tu.

Semua ini, supaya korang dapat buat keputusan membeli yang korang rasakan ‘betul.’

Dan Tok yakin korang dah tau perkara ni. Ini antara masalah yang korang terpaksa hadap kalau beli ikut hati :

  • Beli rumah pada harga yang lebih tinggi daripada market value semasa,
  • Tak ambil kira tentang turun naik harga pasaran hartanah terkini,
  • Akhirnya, menyesal tak sudah lepas dah beli rumah.

Apa yang anda perlukan sebenarnya untuk atasi masalah ini?

Nak atasi masalah ni? Apa yang korang perlukan adalah seseorang untuk pastikan korang buat keputusan membeli dalam keadaan ‘sedar’ dan ‘berdasarkan fakta.’

Senang hidup korang kalau ada bantuan mereka. Biasanya, mereka adalah ejen hartanah yang berkerja sebab passion, bukan sekadar duit semata-mata.

Kalau korang takde lagi orang macam ni, Tok sarankan korang senarai tip kat bawah ni sebelum korang ambil sebarang risiko :

#1 : Apa yang owner tu ‘jual’?

Dalam banyak-banyak soalan, ini yang paling suka Tok tanya kepada owner.

Dan kalau Tok dapat jawapan macam ni :

“Rumah aku, suka hati aku la nak jual ke apa.”

Tok akan pelan-pelan tarik diri untuk berurusan dengan orang macam ni. Mesti ada udang di sebalik batu.

Dan korang pun patut buat benda yang sama.

Perkara biasa, tak semua owner sanggup nak cerita perkara sebenar. Tapi, tak kurang ramai jugak yang sanggup bagitau perkara sebenar.

Antara jawapan yang korang nak dengar seperti :

  • “Saya akan berpindah ke Bhutan, sebab tu nak jual rumah ni,”
  • “Saya kena beli rumah lebih besar. Bini baru lahirkan anak ke-6 semalam,”
  • “Nak jual sebab nak guna duit tanggung kolej anak perempuan saya,”
  • “Nak kahwin dan berpindah ke rumah mak mertua saya,”
  • “Ada orang kata lokasi rumah ni ‘sampah,’ saya pun jual la,”
  • “Saya baru nak start band metal. Kena pindah rumah sebab jiran tak tahan bunyi jamming.

“Ada tak jawapan ‘busuk’ yang patut saya berjaga-jaga?”

Dah tau jawapan baik, korang patut tau jugak jawapan buruk. Hati-hati dengan jawapan macam ini :

  • “Saya nak bercerai dengan bini saya” (jaga-jaga dengan implikasi undang-undang),
  • “Saya dengar, ada highway baru nak naik dekat depan rumah saya,”
  • “Bulan ni je, dah 12 kali saya kena acu pisau dengan penyamun kat sini,”
  • “Jiran sebelah 10 kali ulang jamming lagu Enter Sandman. Dah la tak tuning gitar betul-betul.”

Korang jugak boleh perhatikan corak cara mereka (owner) menjawab soalan korang. Kalau penjual yang terdesak, biasanya akan jawab soalan dengan bersemangat (eager).

Mungkin tanda-tanda ini adalah peluang korang untuk beli rumah pada harga below market value.

Ni Tok nak pesan siap-siap. Jangan pulak korang low ball owner, offer harga rendah kaw-kaw yang tak kena dengan nilai market value semasa rumah tu.

Kalau tak mampu, cari yang lain. Berlambak lagi yang ada dalam pasaran.

#2 : Ada tak sebarang kerosakan?

Mungkin dah ramai yang tau perkara ni. Owner boleh je bagi senarai lengkap kelengkapan rumah yang dah rosak kepada pembeli.

Yang ni, korang boleh minta ni dekat owner sendiri.

Dan mungkin ada peralatan yang korang boleh betulkan sendiri. Jadi, takde la rabak sangat poket tu. Tapi kalau perlu bantuan pro, tengok bajet dulu.

Korang boleh nego dengan owner untuk jual pada harga yang rendah sikit. Tolak dengan nilai kos nak betulkan kerosakan tu, dan tolak dengan harga rumah yang owner nak jual.

In Shaa Allah, penjual, yang munasabah takkan ada masalah dengan permintaan ni. Mereka akan bagi je.

#3 : Berapa harga yang berbaloi untuk anda bayar?

Tok dah pernah cover topik ni sebelum ini. Nak baca sekarang? Korang boleh klik kat sini.

Selalu ingat satu fakta ini. Takde siapa pun (selain valuer profesional) tau tentang harga pasaran semasa sesebuah hartanah.

Biasanya, korang boleh nampak. Ramai orang letak harga je tanpa mengikut cara yang betul, bagi harga sesuka hati.

Dan sekali lagi, emosi akan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi korang dalam perkara ini. Terutama sekali bila owner sayang kat rumah tu (siapa tak, kan?).

Tapi, tak bermakna korang (pembeli) kena bayar harga yang lebih tinggi.

Apa yang perlu anda buat untuk tahu nilai semasa rumah?

Luangkan masa dan pergi sendiri ke JPPH, dan minta rekod transaksi hartanah terkini daripada mereka. Dan ambil untuk tempoh paling kurang 6 bulan.

Korang boleh gunakan data ni sebagai bukti kepada owner.

Jadi, takde la owner boleh suka-suka hati henjut harga yang lebih tinggi berbanding market value semasa (over-priced).

Kalau takde masa, korang boleh je mohon bantuan ejen hartanah yang korang kenal.

Sebab tu, penting untuk korang pilih ejen yang tau buat kerja semasa nak beli mana-mana rumah.

NOTA EKSTRA : Tak cukup? Nak baca lagi? Klik sini untuk belajar cara beli rumah subsale bawah market value dengan Faizul Ridzuan sendiri. 

P/S : Silakan LIKE dan SHARE artikel ini jika bermanfaat.

Jangan sekali-kali kalah dengan dorongan emosi semasa membeli rumah. Nanti korang sendiri yang menyesal dan kena tanggung akibat.

Sentiasa buat keputusan mengikut logik akal dan fakta. Kalau korang dah tau rumah tu dijual pada harga yang tak munasabah, minta kurang elok-elok dengan owner.

Kalau owner tak kasi kurang, tak payah putus asa. Ada berlambak lagi rumah subsale yang murah-murah kat luar sana.

Macam mana 16 pelabur otai ini berunding, dan dapat beli rumah subsale harga murah gila dengan owner?

Nak cari rumah subsale harga murah, dah satu hal. Nak runding bagi harga ngam dan pastikan kita tak terlebih bayar, satu hal lagi.

Tapi, korang boleh je dapatkan 2 perkara ni kalau tau cara.

Senang gila korang. Cuma tinggal nak hadamkan perkongsian ilmu gempak 16 pelabur otai  ini je. Klik link bawah ni sekarang untuk mulakan :

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY