Anak muda, ini 3 perkara sebelum anda pilih loan rumah pertama

Anak muda, ini 3 perkara sebelum anda pilih loan rumah pertama

7808
1
SHARE
Sumber gambar - The Vocket
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Macam mana nak tahu kita pilih bank yang betul untuk loan rumah?

Yang pasti, ada perkara asas yang wajib kita tahu dan buat bagi mengelak sebarang kerugian.

Tindakan korang hari ini, akan tentukan kesan pada hari esok.

Asah asas pelaburan korang dengan hadamkan perkongsian di blog iMoney ni. Semoga bermanfaat.

Mungkin ramai yang kantoi kat No. #1. Tok tak nak korang ulang buat lagi kesilapan ini. Boleh boleh?

#1 : Wajib guna bank yang bagi kadar faedah terendah?

Bila nak membeli rumah, kita akan meminjam sejumlah wang yang besar kat bank. Masa ni, mata kita akan melilau cari pinjaman bank dengan kadar faedah terendah.

Dan susah nak nafikan. Ramai yang tak akan berfikir panjang dan terus ambil pinjaman ini, kan?

“Kalau ambil pinjaman dengan kadar faedah terendah, barulah banyak dapat kita jimat dan untung. Sebab tak payah bayar banyak kat pihak bank.” – Ali, peminjam

Okay. Statement kat atas ini mungkin betul. Antara misi kita adalah mencari pinjaman perumahan dengan kadar faedah serendah yang boleh.

Tapi, ia bergantung pada keadaan. Tak bermakna dah jumpa pinjaman (dengan kadar faedah terendah), kita terus ambil pinjaman itu.

Banyak lagi perkara lain yang kita kena ambil tahu. Antara perkara yang boleh kita kaji dan pertimbangkan adalah:

  • margin pembiayaan,
  • tempoh berkunci (lock-in period),
  • jenis pinjaman,
  • jenis bank,
  • fi dan yuran, atau lain-lain perkara yang berkaitan.

Lepas dah kaji perkara ini, baru buat keputusan nak ambil pinjaman yang mana satu.

#2 : Memohon kat satu, atau banyak bank?

Ini biasa terjadi kat pelabur baru. Sebab excited sangat nak beli rumah, mereka buat permohonan kat satu bank saja.

Sebenarnya, kita ada banyak pilihan untuk meminjam daripada pelbagai bank. Dan setiap bank ada tawarkan kadar faedah yang baik dan pelbagai lagi kelebihan.

Lagi teruk, kita bagitahu pegawai bank itu yang mereka satu-satunya bank yang kita buat permohonan.

Ini seperti berikan mereka lesen untuk bagi kat kita kadar pinjaman yang paling teruk. Ini sebab mereka tahu yang kita tak ada tempat lain untuk meminjam, dan hanya bergantung kat mereka saja.

Elakkan perkara ini daripada berlaku. Kaji dan cari bank beberapa bank untuk dapatkan kadar yang berbeza, dan buat perbandingan untuk dapatkan pinjaman terbaik dari situ.

Dan tak lupa juga, berikan perhatian kat caj, yuran, dan juga insuran rumah, yang mungkin akan jadi satu kejutan buat pembeli baru yang tak ada pengalaman.

Ada sesetengah bank menanggung sebahagian caj-caj ini. Ada yang tak tanggung dan kita kena bayar sendiri semua kos ini.

Tambahan pula, tak ramai pembeli yang mempunyai dana besar. Sebab itu penting untuk fahamkan dan ambil tahu segala caj yang terlibat sebelum kita berikan komitmen.

Nota penting : Korang juga boleh baca pasal cara kira DSR ini sebagai persediaan.

#3 : Baca tak T&C tu betul-betul?

Amalkan sikap membaca setiap terma dan syarat untuk setiap perkara yang libatkan duit. Dan ini termasuk perjanjian pinjaman rumah kita.

Kalau tak ada kapasiti untuk buat perkara ini, minta bantuan pegawai pinjaman untuk kemukakan semua perkara penting, seperti:

  • jumlah pinjaman,
  • kadar faedah,
  • jumlah ansuran,
  • tempoh pinjaman,
  • margin kewangan,
  • tempoh berkunci (lock-in period),
  • penalti pelangsaian awal,
  • dan caj atau lain-lain yuran.

Tok faham korang teruja sebab ia adalah pembelian pertama korang.

Tapi, kawal perasaan tu dengan baca dan teliti setiap perkara dalam dokumen pinjaman itu sebelum bersetuju dan turunkan tandatangan.

Kalau tak tahu, tanya dulu kat orang yang lebih berpengalaman.

Kita tak nak rugikan masa dan tenaga dengan kesilapan yang boleh dielak.

Lagi lancar proses pinjaman, lagi cepat kunci rumah sampai ke tangan kita. Baru korang boleh buat duit laju-laju dengan rumah tu.

1 COMMENT

  1. salam tok..saya nk buat rumah murah atas tanah sendiri.bajet 70k ja.adakah wajar saya guna personal loan?sy tinggal di kawasan kampung.

LEAVE A REPLY