PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Susah beli rumah kalau kerja kontrak? Baca 22 nasihat simple tapi power lelaki ini

Ramai yang tak putus-putus mengeluh, mengadu nasib tentang paras ekonomi semasa.

Dan masalah ini tak pernah mengenal siapa. Semua orang ada potensi boleh ‘terkena,’ termasuk mereka yang bekerja dalam industri yang bernilai berbilion Ringgit.

Pernah dianggap ‘kebal’ satu ketika dulu, industri ini dah survive berpuluh tahun lamanya. Tapi semuanya boleh terkesan dalam sekelip mata.

Mungkin ramai yang tengah susah hati nak beli rumah sekarang. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja kontrak.

Mungkin perkongsian silent reader Tuan Azizul Azli Ahmad ini akan terus buat korang bersemangat untuk teruskan usaha membeli rumah. In Shaa Allah.

BMW, Audi, dan superbike memang mainan orang kerja oil & gas?

Saya nak kongsikan tip dan sikit pengalaman saya yang tak seberapa ni. Saya silent reader dan friendlist Dr. sejak tahun 2014. Mohon jangan share nama ya.

Saya tak pernah dapat kerja tetap selepas graduasi. Bekerja secara kontrak je sebab kerja ikut projek (industri oil & gas).

Alhamdulillah, dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri pula bekerja tetap dalam bidang construction (pembinaan).

Setiap kali tukar projek baru (tukar syarikat sekali), pendapatan saya akan bertambah.

Ramai kawan-kawan saya upgrade kenderaan yang lebih mahal bila gaji semakin besar.

BMW, Audi, Vellfire, dan superbike ni biasa bagi orang yang bekerja dalam industri oil & gas.

Walaupun ada yang perli (kawan-kawan dan ahli keluarga), saya masih kekal pakai kereta second hand keluaran tahun 2002.

Sekarang dah habis bayar. Sebelum ni, ansuran bulanan kereta cuma 4% sahaja dari gaji.

Tak ada kerja, tapi komitmen bertimbun? Gila!

Alhamdulillah, simpanan dan hartanah semakin bertambah. Kami dah ada 8 hartanah (nilai gabungan RM2 juta). Simpanan semasa keluarga dah berjaya mencecah 6 angka.

Tahun 2014, industri oil & gas mula jatuh dan sekarang semakin teruk. Ramai kawan-kawan yang berkereta mahal dan rumah mahal (nilai gabungan cecah RM1 juta ++) mula risau.

Ada yang dah diberhentikan dengan komitmen yang tinggi. (RM8,000 hingga RM10,000 bayaran bulanan untuk 1 rumah dan 1 kereta). Ini belum lagi kira komitmen lain.

Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan walaupun tak bekerja (sekarang masih lagi bekerja).

Semua hartanah saya sewakan dan saya memilih untuk menyewa rumah yang lebih murah.

Siapa kata kerja secara kontrak tak boleh hidup senang? Hadam tip ini sekarang

1) Orang muda tak usah terlalu memilih kerja. Kerja pertama adalah pembuka rezeki. Jangan terlalu fokus nak dapat kerja tetap saja.

2) Kerja secara kontrak bukan satu dosa. Saya dah 10 tahun bekerja secara kontrak. Tak pernah dapat kerja berstatus pekerja tetap.

3) Set objektif kewangan dalam bentuk time frame (3, 5, 10, dan 15 tahun).

4) Kekalkan gaya hidup, walaupun setiap tahun dapat kenaikan gaji (increment).

5) Hidup secara sederhana (tapi bukan kedekut). Tak salah mendongak ke langit. Tapi selalu ingat tunduk ke bumi.

6) Kalau tak boleh downgrade gaya hidup, buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan.

7) Paksa diri untuk menyimpan. Dan kalau ada bonus, 70% hingga 80% daripada bonus masukkan ke dalam simpanan

Nota ekstra : Jangan bersedih kalau dapat bonus sikit. Selama 10 tahun saya bekerja, baru sekali dapat bonus).

8) Kekalkan pakai 1 kereta untuk tempoh 10 tahun pertama. Cari kereta dengan komitmen bawah 10% daripada gaji.

Saya beli kereta kedua (yang juga kereta second hand) untuk isteri tahun ni secara tunai. Kereta jenama Proton je.

9) Tambah aset hartanah. Target mesti ikut kemampuan dan kapasiti kewangan semasa masing-masing.

Habiskan bayar hutang, hati senang tenang

10) Tak usah pedulikan apa orang nak kata. Kekal setia dengan objektif kewangan kita. Kawal mana yang boleh, dan elakkan banyak mengeluh.

11) Habiskan hutang secepat mungkin. Baru hati terasa tenang.

12) Kejatuhan ekonomi dijangka pada tahun 2024 – 2026. Jadi, mula menyimpan sekarang.

13) Tabung fizikal mesti ada kat rumah. Tabung suami isteri dan tabung anak-anak. Konsep tabung warna tu sangat bagus.

14) Bergaul dengan orang yang positif macam Dr. Azizul Azli, Abang Ensem, KEY, Faizul Ridzuan, Zaidi Ismail, AA, dan lain-lain. Banyak nasihat dan peringatan (reminder) daripada mereka.

15) Tambah ilmu kewangan, dan gunakan alat (tools) kewangan yang ada seperti ASBF, TH, UT, dan lain-lain.

16) Sentiasa bantu keluarga dan ibubapa.

17) Tak usah berkira bila nak bersedekah. Sedekah tu sebenarnya menjemput rezeki datang lebih banyak.

18) Mulakan Takaful dan wasiat seawal yang boleh. Hidup akan tenang lepas dah ada wasiat dan Takaful.

19) Zakat jangan lupa. Ni wajib walaupun gaji permulaan hanya RM1,000.

20) Pergi kerja naik motor (kalau boleh) untuk berjimat.

21) Suami & isteri kena bersama dalam pengurusan kewangan dan pelaburan keluarga. Mesti sepakat dan bekerjasama . Tak salah buat seorang, tapi ia lebih mencabar berbanding bergabung tenaga.

22) Elakkan skim-skim yang mengarut dan pulangan yang tak masuk akal.

Tip ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri selama 10 tahun dalam alam pekerjaan. Semoga ia dapat membantu korang semua.

Saya doakan Dr. Azizul dan semua follower Dr. berjaya. Ameen.

Memang simple nasihat brader ni, tapi tetap ‘tebal berisi.’

Tak bermakna hidup korang berakhir bila sesuatu masalah datang menimpa. Relax, semua tu ujian dari yang Esa. Korang takkan diuji dengan perkara yang korang tak boleh lepas.

Apa yang penting, usaha. Bukan sekadar termenung mengenang nasib yang menimpa. Tok doakan yang terbaik untuk korang semua.

Nak ‘dibayar’ untuk beli rumah subsale harga murah? Ikut cara 16 pelabur otai ini

Untung. Dah la korang dapat belajar kat mana nak cari rumah subsale murah. Siap dapat belajar cara nak buat ‘duit segera’ lagi.

Dan korang belajar bukan dengan calang-calang orang.

Serius nak belajar ilmu ni? Klik link yang Tok kongsikan kat bawah ni sekarang :

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?

Ebook TakdeDuit Cover 1 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *