21 langkah selamat beli rumah subsale. Ikut cara lelaki ini

/, Tip beli rumah/21 langkah selamat beli rumah subsale. Ikut cara lelaki ini

Salah satu sebab utama ramai tak nak beli rumah subsale, adalah sebab tak tau apa proses yang terlibat.

Bila dah tau nanti, mesti ada yang terjebak gila-gila punya.

Risiko beli rumah subsale adalah antara yang terendah kalau bandingkan dengan pasaran undercon dan lelong.

Dan atas sebab ni, ramai yang lebih tertumpu untuk beli rumah subsale.

“Dekat mana nak belajar ilmu ‘baik’ macam ni, Tok?”

Korang tak payah risau. Jemput hadamkan perkongsian awesome yang Tok baca dekat blog afnaniman.com ni sekarang.

Dulu, rasa susah nak beli rumah subsale. Tapi lepas dah baca perkongsian ini…

Terima kasih Tuan Muhammad Idzwan Othman atas perkongsian bermanfaat beliau, bagi membantu rakyat faham langkah-langkah selamat sebelum membeli rumah yang dah siap.

Dalam bahasa hartanahnya, subsales.

Fasa pertama : 5 perkara wajib buat sebelum beli mana-mana rumah subsale

1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.

2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.

3. Bermula tahun 2014, dah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).

4. Bagaimana semak PH tu berdaftar secara sah atau tak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.

Nak dapatkan maklumat lebih mendalam tentang ni? Klik sini sekarang untuk baca.

5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.

Nota ekstra : Korang boleh muat turun aplikasi ni dengan klik sini untuk pengguna iPhone, atau klik sini untuk pengguna Android

Fasa ke-2 : Bila anda kena mula bayar?

6. Bila dah buat keputusan untuk beli rumah subsale, korang kena sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.

7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang korang kena jelaskan adalah sebanyak RM10,500.

8. Bayar ni boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik.

9. Kalau korang nak buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.

10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

11.  Selepas bayaran dilakukan & dah dapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.

Pembeli (korang la tu) perlu tandatangan borang sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.

KLIK SINI UNTUK BACA SEKARANG : Kenapa ramai pelabur otai suka beli rumah second hand? 

Fasa ke-3 : Apa jenis dokumen yang anda kena sediakan?

12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.

13. Kalau rumah tu atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal tu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.

14. Pemilik asal jugak perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Puchase Agreement) lama rumah tu untuk diserahan kepada pemilik baru.

15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah tu kepada pembeli.

16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.

17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.

KLIK SINI UNTUK BACA SEKARANG : Nak beli rumah subsale harga RM150,000. Berapa banyak anda kena sediakan? 

Fasa terakhir : Peguam akan uruskan banyak perkara, bermula di sini

18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik je S&P dah siap.

19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.

Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.

20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.

21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.

Disclaimer : Nota ini ditulis oleh Tuan Muhammad Idzwan Othman, berlandaskan gabungan kedua-dua ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang pelaburan hartanah. 

Bagi yang baru nak libatkan diri beli rumah subsale, ini ilmu yang Tok recommend untuk korang hadamkan betul-betul.

Korang takut sebab tak tau macam mana nak mula je.

Lepas dah baca perkongsian ni, Tok yakin korang dah takkan takut-takut nak beli rumah subsale lagi dah. In Shaa Allah.

16 otai ini kongsi teknik cari ’lubuk’ rumah below market value

Alang-alang dah belajar asas beli rumah subsale, biar belajar sampai jadi betul-betul pandai.

Dan yang paling ‘gila,’ korang akan belajar daripada pengalaman sebenar 16 pelabur hartanah otai. Banyak yang korang akan tau tentang teknik beli rumah subsale. Tok berani gerenti.

Jangan percaya cakap Tok dulu. Korang baca sendiri apa kata mereka yang dah amal:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ’TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

By |2017-04-26T11:21:16+00:00April 26th, 2017|Featured, Tip beli rumah|