Bongkar! Pelabur otai ini kongsi 2 ‘rahsia’ kejayaan kewangan

Ada banyak alat kewangan yang boleh kita gunakan untuk bina kekayaan.

Dengan kata lain, korang gunakan duit gaji untuk gandakan lebih banyak duit. Tok yakin korang dah tahu benda ni.

Tapi nak tahu satu perkara tak?

Semua ilmu ‘7 petala langit,’ atau segala ilmu-ilmu power tu tak bermakna kalau korang takde 2 ‘rahsia’ ni.

Nak tahu lebih lanjut? Hadamkan ilmu yang Tuan Zaidi Ismail kongsikan ni.

Semua alat ‘buat duit’ yang ada, tak bermakna? 

ASB, hartanah, emas, saham, Forex, Unit Trust, FCPO, Takaful, perniagaan, dan apa saja yang korang nak ceburi, bermula dari dalaman.

Bila seorang guru ni cakap bagus, seorang tunjuk skil mengira dan multiply, seorang lagi pulak tunjuk skil tarik duit dari langit (dan macam-macam lagi la), yang tak tahu hujung pangkal akan cepat terpengaruh.

Hakikatnya, semua ni hanya la ALAT semata-mata. Dan bila ditanya soalan ‘apa matlamat hidup dan kewangan,’ semua jawapan ke laut.

Habis tu, mana satu yang bagus?

Semua yang saya sebutkan tadi bagus. Dengan syarat, korang ada matlamat hidup dan kewangan yang jelas.

Selagi tak tahu apa tu matlamat hidup dan kewangan, selagi tu korang akan meraban.

Alat kewangan adalah perkara terakhir yang perlu korang fikirkan. Kalau pendapatan bawah RM1,000 tapi perbelanjaan RM1,001, semua alat kewangan tadi boleh humban ke laut. Ini adalah asas.

2 ‘rahsia’ pastikan anda capai kejayaan kewangan

Nak simpan duit kat mana, nak labur kat mana, nak guna Takaful apa, nak berniaga di mana dan apa, adalah perkara terakhir yang korang perlu fikirkan.

Korang nak tahu apa ‘rahsia’ yang tentukan kejayaan kehidupan, baik dari segi keluarga mahupun kewangan?

Ini dia :

1. Sikap (attitude),

2. Tabiat (behavior).

Ubah 2 benda ni dulu, baru yang lain akan turut tersusun. Ilmu tu, memang penting. Tapi tu bukan penentu kejayaan.

Semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri. Sikap dan tabiat adalah pengaruh terbesar dalam hidup kita.

Kedua-duanya bukan bersifat ‘nature’ (azali), tapi ‘nurtured’ (dididik).

Ilmu power, janjikan kekayaan? Nanti dulu

Saya bagi contoh supaya korang lebih mudah faham :

“Macam mana nak menyimpan kalau korang ada sikap boros dan tak pernah ada tabiat menyimpan?”

Biarpun ada ilmu ‘10X lipat ASB,’ ‘jurus 7 petala emas,’ ‘leverage hartanah tersungkam,’ ‘Forex di korek,’ atau bekerja selama 20 tahun dalam industri Takaful dan pernah berguru dengan 100 guru, dah hadir beratus seminar dan baca 1,000 buah buku sekalipun, tak guna jugak kalau masih ada sikap dan tabiat buruk yang sama.

Macam mana pulak dengan seorang yang buat huruf, tak pernah bekerja dalam industri kewangan, bukan kaunselor rumah tangga, tak pernah ke sekolah tapi punya keluarga bahagia (tak bercerai-berai) dan masih kaya-raya?

Macam mana pulak kalau ada orang macam tu?

Mereka ni pulak, mungkin tak pernah pergi seminar, jumpa dan belajar dengan tok guru yang hebat, atau baca buku kewangan dan rumah tangga.

Yang jadi beza antara 2 orang ni, tak lain dan tak bukan, adalah sikap dan tabiat.

Mana satu yang anda nak pilih?

Korang boleh terus berbalah di sosial media, tegakkan benang basah masing-masing dan terus-menerus jadi keyboard warrior.

Teruskan. Orang macam saya pulak, akan terus-menerus tambah harta dan mempunyai keluarga bahagia.

Jadi, mana satu yang korang nak pilih?

Ini pesan guru saya, Zig Ziglar :

“Faktor kejayaan dan kekayaan adalah 20% ilmu, dan 80% sikap dan tabiat.”

Nota tambahan : Orang yang dari kecil dah terbiasa (sikap dan tabiat) kencing berdiri, sukar untuk kencing mencangkung biarpun diberitahu 1,001 hikmah dan nasihat (ilmu).

Pada pendapat Tok, ini perkongsian ringkas yang sangat padat dan on point.

Selalunya, kita rasa ilmu yang jadi isu. Tapi sebenarnya, bukan. Yang kita kena ubah adalah sikap dan tabiat. Baru senang untuk kita belajar sesuatu ilmu tu.

Sila SHARE dan panjangkan manfaat ilmu ini kepada kawan-kawan korang. Benda baik, elok kita kongsi sama-sama.

177 Shares

2 thoughts on “Bongkar! Pelabur otai ini kongsi 2 ‘rahsia’ kejayaan kewangan

  1. Bagi saya pula, ilmu penting untuk ubah sikap dan tabiat seseorang. Biasanya sikap dan tabiat adalah warisan drpd keluarga dan membentuk peribadi seseorang. So, dengan ilmu shj seseorang boleh dpt tahu sesuatu sikap dan tabiat yang lebih baik drpd yg diwarisi drpd / diamalkan oleh keluarga (ibu/ayah) mrk. Oleh itu, teruskanlah mencari ilmu untuk perbaiki diri.. In Sha Allah..💖💕

Leave a Reply