PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

18 Cara majoriti pelabur Cina gunakan sebelum beli hartanah.

 

Bagaimana masyarakat Cina kenal pasti rumah itu ada “ong” atau sebaliknya?

Ini adalah maklumat yang Tok Penghulu dapat daripada web Prop Cafe (dot) net. Berkenaan dengan bagaimana majoriti masyarakat Cina menggunakan 18 pantang larang berasaskan Fengshui sebelum buat keputusan untuk membeli sesebuah rumah.

  1. Tumbuh-tumbuhan hijau seperti pokok sesuai diletakkan di kawasan ruang tamu.
  2. Elakkan daripada gantung lukisan besar di atas kepala katil.
  3. Tandas yang bersih menjamin kekayaan seluruh ahli keluarga.
  4. Elakkan daripada memiliki rumah yang mempunyai koridor yang panjang dan jauh daripada pintu utama. Dari sudut Fengshui, ia boleh membawa kepada perceraian atau kecurangan.
  5. Tidak simpan banyak barang di bawah katil.
  6. Seragamkan semua arah posisi pintu dibuka. Sebagai contoh, pastikan semua pintu dalam rumah ditolak atau semuanya perlu ditarik.
  7. Bilik air mesti terletak di tepi koridor. Bukan di kawasan hujung koridor.
  8. Elakkan tingkap besar bersebelahan katil.
  9. Elak daripada memiliki rumah yang tiangnya berhadapan dalam bilik. Ia boleh memberi kesan negatif pada perkahwinan atau hubungan peribadi.
  10. Guna lampu yang rendah suhunya dalam bilik tidur. Elakkan daripada menggunakan lampu LED atau pendaflor.
  11. Elakkan hartanah yang dapur dan bilik airnya dapat dilihat terus daripada pintu masuk.
  12. Jangan pilih hartanah yang bilik tidurnya menghadap pintu masuk rumah. Ia menyebabkan penghuninya akan ketagihan seks.
  13. Jangan gunakan ruangan lebihan yang berbentuk ganjil untuk dijadikan dapur. Jadikan ruangan tersebut sebagai ruang untuk menyimpan barang.
  14. Elakkan tiang yang besar tergantung di siling rumah. Terutamanya di headboard atau tiang berdiri tegak di atas meja tulis dan meja makan. Ia memberi kesan yang negatif pada emosi dan fizikal seluruh ahli keluarga.
  15. Bilik tidur utama mesti berbentuk segi empat tepat atau bentuk kotak. Teori Fengshui menjelaskan bentuk yang gajil boleh menyebabkan ketidaksuburan.
  16. Jangan letak cermin berdekatan dengan katil kerana ia akan menganggu kualiti tidur.
  17. Guna warna yang biasa untuk cat bilik tidur. Jangan hias berlebih-lebihan.
  18. Jauhkan katil daripada menghadap pintu bilik air.

Teori Fengshui nombor 11 ada rasional yang tersendiri.

Dalam 18 teori Fengshui ini, ada poin-poin menarik yang boleh rasional. Sebagai contoh, poin nombor 11. Elakkan hartanah yang dapur dan bilik airnya dapat dilihat terus daripada pintu masuk.

Isu ini melibatkan privasi dalam rumah. Penghuni rumah tidak selesa apabila orang luar mudah nampak mereka di kawasan dapur atau bilik air, hanya melalui pintu masuk.

Ada juga yang mencabar pemikiran kita kerana ia tidak faham tentang logik dan rasionalnya. Namun Tok Penghulu percaya banyak poin yang boleh kita jadikan rujukan sebelum memiliki rumah menerusi teori Fengshui ini.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *