PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lelaki ini dedah 15 langkah kerja scammer hartanah. Anda pasti geram baca No. #13

Naik balik cerita tentang scammer yang jual rumah tak lebih daripada RM50,000. Siap bagi diskaun lagi tu.

Tok boleh bagi A+ bab CTA (Call to Action) yang mereka gunakan. Sesiapa pun mudah terpikat dengan tawaran yang sebegitu lazat.

Dan hanya jauhari saja yang mengenal manikam.

Kalau perhatikan balik, golongan scammer ni bergerak mengikut modus operandi yang lebih kurang sama.

Lepas baca perkongsian Tuan Khairul Ezuwan ni, Tok boleh jamin yang korang susah kena ‘sontot’ dengan mereka. Jemput hadam.

Sana-sini putar belit? Apa anda perlu tahu tentang ‘kaki scammer’

Saya bukan nak ajar orang jadi penipu, tapi scammer ni memanipulasi cara marketing yang betul dengan menyongsangkannya.

Pernah tengok tak banyak marketing yang menunjukkan testimoni pengguna, bagi meraih perhatian orang ramai untuk turut membeli produk tersebut. Ini antara teknik yang berkesan untuk meyakinkan orang ramai.

Pada peringkat awal, owner produk akan beri percuma atau diskaun hebat untuk percubaan bagi mendapatkan testimoni. Dapat pulak testimonial orang popular terutama sekali seperti artis popular, lagi hebat penangannya.

Bila testimoni ini dikeluarkan, ia meyakinkan orang ramai untuk mula mencuba dan beli.

Tapi itu pun, ada juga yang kaki songsang bab testimoni ni . Sendiri yang taip, sendiri screen shot. Hmm.

Dalam penipuan perumahan, ini trick yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan atau dikenali sebagai teknik ‘wayang pacak,’ jika mereka bermula dengan modal yang kurang besar.

Tapi biasanya mereka-mereka ni memang dah ada modal dari penipuan sebelum-sebelum ni.

KLIK UNTUK BACA : 5 skim penipuan hartanah yang ramai rakyat Malaysia “terkena”

Apa 15 teknik yang scammer biasa guna?

1) Buka syarikat dengan SSM (biasanya, nama company mesti gempak yang melibatkan hartanah), dan berdaftar dengan CIDB.

2) Renovate ofis cantik-cantik, supaya nampak gah. Kemudian, mereka akan kumpul geng-geng terdesak nak duit, dan mula mengupah designer untuk buat beberapa design rumah.

3) Mereka akan melobi orang-orang yang berpengaruh, contohnya Menteri atau Kerabat Diraja untuk sekurang-kurangnya merasmikan syarikat mereka dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Teknik ni digunakan supaya pada pandangan orang ramai, syarikat ini diberi pengiktirafan. Ini step membina trust (kepercayaan) yang pertama.

4) Bila dah seperti dapat pengiktirafan, mereka akan mula menggunakan media cetak seperti surat khabar untuk menayangkan syarikat mereka dirasmikan oleh Menteri X sebagai contoh.

Dalam episod ini, mereka mula mencari ejen bagi memulakan permainan mereka. Ejen-ejen ini juga akan rasa yakin bersama dengan mereka .

Ejen-ejen ini akan ditawarkan dengan komisen yang lumayan. Mereka diberikan latihan untuk menjual.

5) Bila bermula episod menjual, mereka akan gunakan media baru seperti blog dan media cetak bagi mempromosikan, kononnya promosi pembukaan dengan harga yang cukup rendah.

Mereka tak lupa selitkan gambar menteri X yang merasmikan company mereka, supaya orang ramai nampak yakin bahawa company ini adalah genuine (tulen).

Bila periksa kat CIDB pun mereka ada. Ada peguam di lantik. Dan semua ini menambahkan keyakinan pembeli.

Tawaran awal yang diberikan lumayan dengan diskaun hebat, unit terhad (kononnya), tempoh masa terhad (Call to Action).

Biasanya, mereka tak dapat sebat banyak waktu ini kerana belum ada bukti jelas rumah yang mereka bina. Cuma waktu ini, mereka hanya perlu keluarkan modal menampakkan satu-satu tapak nak dah seperti mulakan progress,

Padahal bersihkan tapak jer pun. Lepas tu pacakkan kayu. Katakan, satu rumah berharga RM40,000.

Kalau ada 50 orang ‘serah tengkuk,’ mereka dah dapat collect RM2,000,000.

‘Wayang pacak’ kaki scammer yang anda wajib tahu 

6) Dari duit RM2,000,000 ini, mereka modalkan buat 5 buah rumah pelanggan, dengan satu (1) rumah pada kos RM100,000.

Katakan mereka buat 5 buah rumah :

  • RM100,000 X 5 =
  • RM500,000

Mereka akan lantik kontraktor third party untuk membina rumah tersebut sebab mereka memang tak tau haram pun pasal pembinaan. Sebut teori IBS jer tau.

Dah tolak semua tadi tu, mereka masih ada baki RM1,500,000 . Beli la kereta mewah sikit harga RM200,000. Baru naik semangat nak menipu.

Maka, baki ada lagi RM1,300,000.

7) Wang ini, mereka akan gunakan sehabis baik untuk positioning diri mereka . Apa lagi, beli pangkat Dato,’ Dr., Ir. (engineer), Ustaz, dan sebagainya.

Eh, Ustaz boleh self claiming je, tak perlu beli.

Pastu beli award yang Menteri sampaikan. Kadang-kadang tu, bodoh-bodoh jer sebuah rumah pon tak siap lagi, dah dapat 2, 3 award dalam bidang pembinaan. Haha.

Semua ini adalah ‘wayang pacak’ supaya nampak mereka gah.

Kita yang tahu pasal benda ni, nampak diorang bodoh je. Tapi orang luar yang naif akan rasa mereka ni CEO dan syarikatnya nampak kukuh dan hebat.

Kat sini, ‘trust kedua’ telah terbina.

8) Bila 5 buah rumah tu mula naik, setiap masa la mereka update progress rumah tu. Orang yang memandang akan cakap :

“Wah. Ini betul-betul. Bukan tipu ni”

Masa ni, ramai bakal mangsa akan terpukau walaupon berbuih mulut bagi nasihat. Masa ni, anti-penipuan akan di cop pendengki MELAYU.

No.1 yang akan kena ‘cop mohor’ adalah KEY.

9) Waktu ni, mereka akan bagi lagi promosi yang lebih hebat. 200 lagi pelanggan baru serah tengkuk.

  • RM40,000 X 200 orang =
  • RM8,000,000

Bila duit dah bertambah banyak, maka naik la lagi 10 bijik rumah supaya nampak lebih trusted. Kiraan macam kat bawah ni :

  • RM100,000 X 10 =
  • RM1,000,000

Dah tolak apa yang patut, mereka masih ada baki RM7,000,000.

10) Dengan duit ni, mereka akan gunakan untuk buka bisnes lain dan upgrade pejabat mereka jadi lebih hebat dan gah. Kalau boleh nampak ala istana, lebih baik.

KLIK UNTUK BACA : Cara kenal pasti penipuan dalam urusan jual beli hartanah. Pelabur baru wajib baca

Yang terdesak nak rumah murah, sila berjaga-jaga

11) Duit dah banyak, dan masa ni akan mula masuk TV.

Stesen TV asal bayar, mereka on je. Mereka ni tabur duit jer, stesen TV ni sanggup kutip. Lantik Duta Syarikat (dah tentu daripada para artis). Pasang billboard serata Malaysia supaya pengaruh mereka lebih meluas.

Marketing melalui dua (2) cara ini (TV dan billboard, takde sape boleh komen. Yang naif pasti jadi mangsa. Upah orang tebar flyers ke seluruh negara, rumah ke rumah.

12) Waktu ini, mereka tambah jumlah ejen. Mereka peduli apa orang kata, sebab target market mereka memang orang-orang yang naif dan terdesak nakkan rumah murah.

Waktu ni, terkenalah lagi 2,000 orang di seluruh Malaysia. Bermakna :

  • RM40,000 x 2000 =
  • RM80,000,000

13) Bila dapat duit ni, mereka akan mula slow-kan progress supaya tak terkantoi dalam waktu-waktu tertentu. Mereka akan buat selagi ada mangsa baru yang serah tengkuk.

Bila dah takde yang serah tengkuk, baru mereka akan slow-kan progress. Dan bila tamat tempoh, adakah mereka akan lari?

Oh, tak. Scammer bodoh je yang akan larikan diri. Mereka ni takkan lari. Mereka akan bagi pelbagai alasan dan menyalahkan orang dengan tomahan ‘pecah amanah,’ atau sebagainya.

Mereka akan menghadap mangsa memberikan janji. Kemudian, mereka akan melantik pihak ke-3 (jenis yang tahan kena maki) untuk jadi tukang jawab.

Dalam senyap, mereka akan pindah milik syarikat mereka kepada si tukang jawab tadi (yang sebenarnya kroni mereka).

Masa ni, mangsa akan jadi bingung. Nak bedal si tukang jawab tu, dia kata baru ambil alih syarikat. Nak saman CEO lama, dia kata dah jual company tu pada si tukang jawab tadi.

Boleh je kalau korang nak saman. Tapi adalah satu kerja bodoh dan buang masa nak saman scammer. Korang ingat, duit tu, dia simpan dalam dalam akaun dia ke? Haha.

Mereka ni peduli apa. Habis-habis pun, bankrap je. Tak tercalar pun tangan dia.

14) Dengan duit yang banyak tadi, mereka akan gunakan untuk bayar bodyguard. Kena jaga, sebab takut kena bedal dengan mangsa.

Bila dah reda nanti, pecat la semua bodyguard tu. Tinggalkan satu dua je, sebab duit pun dah nak habis.

15) Dah lama sikit, orang mesti lupa punya. Buat la program scam yang lain pulak. Haha.

Ada yang berniat nak jadi scammer?

Dah rasa macam advisor si scammer pulak.

Buat korang yang terfikir nak mencuba jadi scammer ikut langkah-langkah ini, lupakan je la niat busuk tu. Sebab hanya orang yang pernah ada sejarah jadi kaki scammer dan hati hitam je yang mampu buat benda terkutuk ni.

Orang yang jujur atau baru nak belajar jadi scammer, aku gelakkan je nanti. Baru cuba-cuab nak buat, satu dua step dah ke laut, kantoi dan masuk penjara.

Buat korang yang ada kawan atau sedara-mara berminat nak beli rumah murah macam ni, perhatikan mereka elok-elok.

Pasti korang tak nak mereka jadi mangsa seterusnya oleh golongan scammer ni. Dan jalan paling senang adalah kongsikan ilmu macam ni kepada mereka.

Tak senang nak kumpul RM50,000 tu. Alih-alih, terpaksa burn macam tu je dek kerja si scammer. Siapa yang tak bengang kalau terkena?

KLIK UNTUK BACA : Elak terkena beli rumah mahal yang tak kena dengan harga. Macam mana?

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *