Home Tips Kewangan 13 tip gempak rancang bajet majlis perkahwinan anak muda

13 tip gempak rancang bajet majlis perkahwinan anak muda

6230
0
SHARE
Sumber gambar - Oh My Media
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Fasa merancang bajet adalah fasa yang kritikal.

Kalau salah bajet, alamat melopong la korang dan pasangan sampai ke akhir bulan.

Lebih merana hidup mereka kalau buat loan, semata-mata nak buat majlis yang gah di mata para jemputan.

Nah, jemput hadamkan perkongsian Tuan Encik Fadli yang sempoi tapi awesome ini.

Anak muda, Tok cadangkan korang baca dan buat 13 tip ini tanpa was-was.

Majlis kahwin : Sambut bagai ‘anak raja,’ atau bersahaja? 

Dah jadi perkara biasa setiap kali tiba musim cuti sekolah. Mesti banyak event orang kahwin.

Aku just nak kongsikan tip pada yang bakal mendirikan rumah tangga, sempena terbaca cara nak berjimat petang tadi. Dan kebetulan pulak, ada kawan minta pendapat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sharing aku pun mengikut pengalaman sendiri, dan cedok kisah-kisah orang sekeliling.

Aku nak highlight satu je benda paling asas kena buat sebelum kahwin, iaitu bajet. Caranya macam ni :

Tip #1 : Alang-alang buat bajet, biar lengkap terus

Kalau nak senang, gunakan Microsoft Excel. Sebab aplikasi ni boleh set formula.

Sumber gambar – Encik Fadhli

Lagi detail (terperinci) bajet yang korang boleh buat, lebih bagus. Dari sebesar-besar perkara (seperti kenduri, jurugambar, barang hantaran, pelamin, dan lain-lain), sampai la sekecil-kecil benda (seperti duit mas kahwin yang wajib tu, kos mak andam, kos gubahan upah jurunikah, dan lain-lain).

Tip #2 : Dari bajet, alihkan ke checklist

Lepas korang buat bajet yang detail tu, dengan mudah, korang boleh generate senarai semak (checklist) untuk pembelian barang-barang keperluan kahwin nanti.

Tip #3 : Ikut keupayaan poket masing-masing

Ini penting. Korang kena pastikan bajet untuk kedua belah mempelai mengikut keupayaan poket masing-masing.

Kalau tak, besar kemungkinan poket korang ‘rabak’ adalah besar.

Tip #4 : Buat anggaran secara terperinci

Sebelum tidur tu, buat la sesi brainstorm untuk anggarkan kos masing-masing dan isikan kos setiap item dalam column Budgeted’ atau ‘Estimated.

Tip #5 : Bawa berbincang dengan pasangan

Sumber gambar – Encik Fadhli

Kongsikan bajet yang korang tulis tu dengan pasangan. Masa ni, pastikan korang berterus-terang dengan kemampuan diri.

Jangan biarkan ego tu menebal dalam diri, dan jadi realistik sehabis mungkin.

Dan yang paling penting, capai kata sepakat. Jangan pulak masing-masing takde komunikasi. Kat sini la korang nak belajar bertolak ansur.

Tip #6 : Padankan duit yang ada dengan bajet

Jangan la bajet nak kahwin ala-ala putera @ puteri kayangan dalam rancangan Nona, tapi duit yang ada dalam poket hanya RM10,000 saja.

Silap haribulan nanti, ada yang menyanyi lagu ‘Pelamin Anganku Musnah’ nanti.

Tip #7 : Wajib patuh 100% pada bajet

Sumber gambar – Encik Fadhli

Apa function buat bajet, tapi tak ikut? Pegang ketat-ketat dan patuh bajet tu dalam memilih barang-barang persiapan.

Tip #8 : Gunakan column Actual’ dalam bajet

Setiap benda yang telah dibeli atau ditempah, tulis perbelanjaan sebenar dalam column ‘Actual.’

Tip #9 : Usaha sehabis boleh untuk rendahkan bajet

Lagi rendah kos ‘Actual’ daripada ‘Budget,’ lagi bagus.

Contohnya, korang ‘Budget’ nak beli jam RM700. Tapi harga kos sebenar yang korang keluarkan adalah sebanyak RM550.

Penjimatan tadi itu la yang akan korang gunakan untuk menampung item-item lain, yang kos sebenarnya melebihi kos bajet. Contohnya, bajet cincin nikah RM900. Tapi kos sebenar yang korang keluarkan sebanyak RM1,200.

Tip #10 : Bincang dengan pasangan kalau si lelaki ‘kering’ selepas majlis

Sumber gambar – Encik Fadhli

Contohnya, korang boleh tanya macam ni :

“Agak-agaknya, duit hantaran tu boleh ke pakai sikit untuk belanja lepas kahwin (seperti beli peti sejuk atau TV)?”

Nak lagi extreme, buat macam kak Anis Hafiza. Jadikan duit hantaran tu sebagai deposit untuk beli rumah.

Tip #11 : Sentiasa cari alternatif yang terbaik

Cuba buat berfikir panjang dulu semasa memilih barang. Korang boleh cari alternatif yang lebih menjimatkan.

Korang boleh apply cara ini, terutama sekali kalau nak beli barang-barang branded. Jangan fikir sangat apa orang kata. Bukan mereka tolong bayarkan pun.

Tip #12 : Elak berbelanja sampai diri sendiri terkena

Tak payah buat 2 – 3 custom album, gambar kahwin crystal bagai, yang menelan kos hingga beribu-ribu. Akhirnya, semua tu terperuk dalam stor je.

Ataupun kad kahwin yang korang susah-payah tempah kat Bandung. Akhirnya jadi penghuni tong sampah jugak.

Apatah lagi pelamin yang tersergam indah demi kepuasan diri untuk menagih pujian para hadirin.

Pada pandangan aku, yang paling penting adalah makanan. Biar simple, tapi sedap – ini yang akan dikenang dan jadi sebutan.

Tip #13 : Jangan lupa buat bajet back-up

Dan yang paling penting, bak kata QS, korang letak sikit bajet contingency kalau-kalau ada kecemasan atau item miscellaneous yang tak diduga.

Kalau korang betul mampu, takde masalah. Go on je. Tapi kalau acah-acah mampu tu yang mencari masalah. Insaf la.

Sebab aku dah kahwin, maka mampu nasihatkan je pada teman dan taulan, sekadar ceritakan pengalaman.

Nak cerita panjang, takut korang tak rajin baca pulak. Jadi aku tempek sikit contoh bajet yang aku pernah buat dulu. Nak cerita detail, tak muat la pulak. So, harapnya ada la sikit idea untuk korang buat nanti.

Pandai-pandai korang la buat gaya bajet macam mana sekali pun. Janji korang faham konsep ini.

Nota : Klik sini kalau korang nak muat turun softcopy bajet.

Tok nak korang ambil pedoman daripada perkongsian ini.

Perkara macam bajet ni, memang nampak simple. Tapi kalau tak urus dengan baik, ‘masak’ korang kena tanggung.

Sebelum parah, baik sediakan diri dengan pengurusan bajet yang mantap ini. In shaa Allah, kewangan korang susah nak ‘barai.’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here