Home Tip beli rumah 10 jenis rumah yang susah gila nak jual. Fikir dulu sebelum anda...

10 jenis rumah yang susah gila nak jual. Fikir dulu sebelum anda beli

14957
4
SHARE
Sumber gambar - Namcom
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Siapa yang tak terpegun dan tertarik bila tengok rumah yang cantik luaran?

Tapi kalau bergantung kat luaran semata-mata dan tak kaji perkara ’dalaman’ rumah tu, pun tak boleh jugak.

Hakikatnya, tak semua jenis rumah boleh dijual dengan mudah.

Ada banyak je kes yang ambil masa bertahun, baru dapat dijual. Kalau tak nak rugi, terpaksa dijual pada harga below market value.

Tuan Hamizi Hamdan ada jelaskan lebih lanjut tentang topik ni. Elak beli 10 rumah jenis ni kalau korang serius tak nak rugi.

Apa jenis rumah yang susah nak jual?

Ada beberapa jenis rumah agak sukar dijual (walaupun pada harga pasaran) kerana kurang pembeli yang berminat. Sebab itu rumah jenis ini perlu dijual murah untuk menarik minat pembeli.

#1 : Rumah apartmen (tanpa lif) di tingkat 3 dan 4

Jika terdapat unit di tingkat lain untuk dijual maka sukar untuk unit di tingkat 3 dan 4 (atas sekali) untuk dijual. Ramai orang kurang gemar memanjat tangga.

Lebih sukar kalau ada anak-anak kecil, atau pasangan korang sedang mengandung.

Nota : Ketinggian maksima apartmen tanpa lif adalah 5 tingkat, dengan tingkat paling bawah dipanggil ground floor.

#2 : Apartmen tingkat bawah (ground floor)

Jika tingkat bawah adalah pada level common area (di mana orang lalu-lalang), ia mengganggu keselesaan hidup penghuni unit di level berkenaan.

Mereka tak boleh nak menyingkap langsir dan tidur, sebab sering diganggu oleh bunyi bising orang yang lalu-lalang di tepi unit mereka.

Itu sebabnya ramai pembeli lebih menyukai Level 1 berbanding unit ground floor.

#3 : Apartment tingkat paling atas sekali

Sebahagian apartmen agak panas di tingkat paling atas (mungkin disebabkan faktor reka bentuk rumah, atau lain-lain sebab).

Ini akan lebih teruk semasa musim panas. Penghawa dingin atau kipas perlu dihidupkan sentiasa.

#4 : Rumah mahal yang berjiran dengan kawasan rumah murah

‘Rumah mahal’ yang terlalu hampir dengan jirannya si ‘rumah murah’ juga sukar dijual.

Ia ibarat mencacatkan pemandangan. Orang yang berkemampuan tak berasa teruja untuk membelinya

#5 : Dekat dengan kawasan loji kumbahan

Ini antara sebab yang sangat jelas kenapa tak ramai berminat nak beli rumah ni.

#6 : Rumah yang dekat dengan substation TNB

Siapa yang tak risau kalau substation ni meletup, dan rumah kita pula terletak betul-betul kat sebelah?

Walaupun ia mungkin tak akan berlaku, tapi kerisauan dan kemungkinan itu tetap wujud.

#7 : Rumah jenis Semi-D Cluster

Ramai orang tahu. Rumah Semi-D memang agak mahal harganya.

Sebab tu, hanya sebilangan orang je yang mampu membelinya. Kalau ada 2 pilihan (Semi-D biasa dengan Semi-D Cluster), maka pembeli akan lebih berminat membeli Semi-D yang biasa.

Orang banyak duit boleh memilih. Mereka tak gemar dapur mereka menghadap dinding rumah jiran dan takde tingkap (biasanya).

#8 : Rumah banglo kayu

Mungkin ada yang berminat. Tapi masalah mendapatkan pinjaman bank menyebabkan pembeli perlu wang tunai yang banyak.

Tanah (jika status bangunan kediaman) boleh diberi pinjaman sehingga 80%. Tapi bangunan kayu itu tak diberikan pinjaman.

#9 : Rumah jenis resort (rumah percutian)

Apa yang berlaku di Malaysia setakat ini, banyak resort home yang gagal beri pulangan yang baik kat pembeli, seperti yang disasarkan pemaju semasa pelancaran.

Ini berlaku sekiranya pemaju tak buat proses naik taraf kemudahan, serta tarikan baru ke tempat berkenaan.

#10 : Rumah berstatus Rizab Melayu

Kebanyakan masanya, rumah yang berstatus Rizab Melayu menghadapi kesukaran mendapatkan pembeli Melayu yang berkemampuan. Penjual kena puas hati dengan apa yang ada.

Kalau korang ada antara 10 jenis rumah ini, Tok mohon korang bersedia untuk jual pada harga yang sedikit rendah berbanding current market value.

Jadikan situasi ini sebagai pengajaran. Dan sehabis boleh, elak membeli rumah jenis ini pada masa depan.

Lebih-lebih lagi rumah yang nak dibuat sebagai pelaburan. Orang beli rumah pelaburan sebab nak buat duit, bukan nak kasi ‘rabak poket.’

4 COMMENTS

  1. Tok, kalau rumah kayu lama plus tanah native village besar kurang setengah ekar dijual dengan harga 150k. Adakah berbaloi kalau saya beli lepas tu robohkan rumah dan buat rumah kontena dan sewakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here