Home Tip beli rumah Dah periksa 10 perkara penting ini sebelum apply loan rumah?

Dah periksa 10 perkara penting ini sebelum apply loan rumah?

3244
0
SHARE
Sumber gambar: Business Today
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Dalam banyak-banyak benda sebelum korang beli rumah, bab loan antara yang wajib korang tumpukan 100% perhatian.

Sebab selagi korang gagal dapatkan loan rumah, selagi tu korang takkan dapat beli rumah.

Lain cerita kalau korang jenis yang banyak capital (modal). Boleh la bayar secara cash, tak perlukan loan bank.

“Dah tu, apa yang patut saya buat Tok?”

Nak atasi masalah, kena la ada ilmu dulu. Dan buat korang yang tengah mencari, jemput hadamkan perkongsian yang Tok ni sekarang.

60% gagal dapatkan loan rumah?

Kalau ikut laporan REDHA (Real Estate and Housing Developers Association), kadar rejection loan rumah mencatat angka setinggi 60%.

Jumlah ini bukan sikit-sikit anak.

Ada banyak faktor yang buatkan bank tak kasi korang loan rumah. Tapi, semua ni kita boleh ubah kalau korang tau caranya.

Sepatutnya, korang buat semua ini sebelum pergi ke bank untuk memohon. Bukan last minute, baru terhegeh-hegeh nak buat semua benda.

Takpe. Yang mana nak apply loan rumah tu, baca perkongsian Chris Tan tentang topik ini sekarang.

#1: Dah tahu jenis-jenis loan rumah yang ada? 

Ada banyak jenis loan rumah yang korang kena kaji sebelum guna. Tiap-tiap loan tu, ada kelebihan yang tersendiri.

Dan peminjam (korang) kena faham ciri-ciri loan yang nak digunakan.

Antaranya flexi loan, term loan, Islamic financing, dan lain-lain lagi. Tapi 3 yang pertama tadi, adalah yang ramai orang gunakan.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Nak beli rumah, tapi tak tau jenis loan yang ada?

#2: Berapa banyak yang anda nak pinjam?

Selain daripada membiayai harga rumah, korang juga boleh request untuk serap sekali kos seperti MRTA atau MRTT, valuation fee, dan kos guaman dalam loan yang korang buat.

Dua insurans dekat atas tadi tu akan lindungi korang dari segi kewangan kalau berlaku kematian atau lumpuh (dikenali sebagai TPD, atau Total Permanent Disablity).

Sekarang ni, kebanyakan bank akan wajibkan korang untuk ambil insuran MRTA atau MRTT, sekali dengan loan rumah.

Peminjam (korang) juga boleh je bayar kos pendahuluan, dengan membiayai kos tu dalam jumlah loan.

Dengar macam best. Tapi, jumlah pinjaman yang bertambah ni akan jadikan jumlah ansuran bulanan korang lebih tinggi.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Tak jelas tentang MRTA atau MRTT? Sebelum beli rumah, baca ini.

#3: Berapa interest rate loan rumah yang anda nak pilih tu?

Kadar faedah (interest rate) sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa, dan ini dapat dilihat dalam letter of offer.

Institusi kewangan juga sediakan effective lending rates (ELR) yang tertakluk kepada semakan.

Korang boleh tengok ELR terkini dengan klik di sini. 

Mengikut Bank Negara Malaysia’s Guide to Consumer on Reference Rate (korang boleh akses maklumat ni dengan klik di sini), peminjam perlu:

  • Bandingkan ELR yang ada,
  • Minta product disclosure sheet,
  • Kaji faktor-faktor yang boleh jejaskan kadar asas (BR, atau Base Rate),
  • Kenal pasti jumlah pembayaran balik bulanan, dan
  • Menilai keupayaan kemampuan pinjaman untuk sediakan peminjam menghadapi fluctuation rate yang berkala.
KLIK SEKARANG UNTUK BACA: 4 perkara anda wajib kaji sebelum pilih mana-mana loan rumah pertama.

#4: Berapa lama anda nak buat loan?

Tempoh pinjaman perumahan maksimum adalah selama 35 tahun.

Dan ini juga bergantung kepada umur peminjam, biasanya maksimum 65 tahun (atau sebarang umur lain yang ditentukan oleh institusi kewangan).

Biasanya, orang muda yang senang dapat tempoh pinjaman yang lebih lama, dengan syarat profil kredit mereka cun-melecun.

Tempoh pinjaman jugak akan tentukan jumlah ansuran yang korang perlu bayar setiap bulan.

Contohnya, kalau korang pinjam RM300,000 selama 35 tahun berbanding 20 tahun, ansuran bulanan untuk loan selama 35 tahun lebih murah daripada yang 20 tahun tu.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: 10 perkara yang anda mungkin tak tahu tentang loan rumah.

#5: Macam mana nak bayar loan rumah anda?

Korang tak patut bebankan diri tanggung loan rumah, lebih daripada apa yang korang mampu.

Bak kata pepatah mat saleh:

“Don’t bite off more than you can chew.”

Sebelum buat loan, periksa dulu kemampuan korang membayar balik. Ini supaya korang tak kantoi bayar ansuran rumah tiap-tiap bulan tu.

Lagi satu. Ansuran bulanan loan rumah, kalau boleh, tak makan terlampau banyak hingga kacau kos sara hidup korang.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Sebab buat 5 kesilapan ini, loan rumah anda tak lepas? 

#6: Ada lock-in period atau tak?

Institusi kewangan akan tetapkan tempoh masa tertentu sebagai tempoh lock-in. Kalau beli rumah yang ada ni, korang tak boleh langsaikan loan rumah secara penuh.

Kalau tak, korang akan dikenakan penalti.

Selain daripada tempoh lock-in, tarikh permulaan lock-in period ni juga penting. Lagi-lagi untuk pembelian hartanah undercon (dalam pembinaan).

Sebagai contoh. Kalau tarikh permulaan lock-in period ni adalah dari tarikh pengeluaran pinjaman penuh (loan disbursement), lock-in period untuk beli rumah subsale (rumah second hand) adalah lebih pendek berbanding rumah undercon.

Kalau rumah undercon, ini akan ambil masa 2 hingga 3 tahun untuk disburse loan rumah tu secara penuh.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Ramai orang buat 5 kepercayaan karut tentang loan rumah ini.

#7: Apa dokumen keselamatan (security document) yang anda perlukan?

Hartanah kediaman ni, ada 2 benda. Sama ada rumah tu ada title, atau takde title.

Antara dokumen keselamatan yang melibatkan title sesebuah hartanah seperti:

  • Charge instrument (instrumen Gadaian) dalam Borang 16A,
  • Caj lampiran, dan
  • Perjanjian Kemudahan.

Untuk hartanah yang takde title pulak, dokumen keselamatan yang terlibat adalah:

  • Deed of Assignment,
  • Power of Attorney,
  • Perjanjian Kemudahan.

Kalau bank tengok latar belakang pembiayaan korang atau rekod sebelum ni tak kuat, mungkin korang kena ada support supaya loan rumah tu boleh lepas.

Yang ni boleh dibuat dalam bentuk:

  • Penjamin (guarantor),
  • Pembahagian kutipan sewa,
  • Caj ke atas deposit tetap.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Loan rumah terbaik yang staf kerajaan patut pilih?

#8: Apa yang akan jadi kalau anda kantoi bayar loan?

Klausa ‘events of default’ dalam perjanjian pinjaman (loan agreement) adalah set undang-undang yang melindungi hak institusi kewangan (bank).

Antaranya adalah menuntut balik bayaran penuh pinjaman yang telah diberikan, atau lain-lain perkara yang berkaitan.

Klausa yang ditetapkan bank atau institusi kewangan lain selalunya akan cover hak mereka secara meluas.

Ini dimana, pendapat mereka boleh membahayakan, melengahkan, atau menghalang peminjam atau pihak keselamatan daripada laksanakan tanggungjawab mereka, atau apa-apa yang jejaskan kepentingan institusi kewangan.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Bank reject loan rumah anda sebab reschedule PTPTN? 

#9: Berapa default interest rate kalau kantoi bayar bulan-bulan?

Kalau dah takdir korang kantoi bayar ansuran bulanan rumah, kadar faedah ingkar (default interest rate) akan digunakan ke atas jumlah yang tertunggak.

Ini adalah kadar faedah tambahan yang digunakan di atas kadar asas (base rate) yang lebih tinggi daripada ELR.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Buat ini supaya bank senang luluskan loan rumah anda berkali-kali.

#10: Apa hak institusi kewangan kalau anda kantoi bayar loan?

Sekiranya korang lalai (kantoi bayar ansuran rumah), mereka (institusi kewangan) boleh menggantung pinjaman yang menghalang disbursement seterusnya.

Jumlah yang dipinjam oleh peminjam (korang) perlu dibayar atas arahan institusi kewangan, termasuk dengan default interest rate pada jumlah loan yang dipinjam.

Antara contoh tindakan yang korang boleh buat kalau jadi benda macam ni, adalah:

  • Buat penjadualan semula (rescheduling),
  • Memohon buat penangguhan bayaran,
  • Pembayaran loan secara lump sum, dan lain-lain.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Kantoi bayar loan rumah? Ini klausa yang bakal buatkan installment rumah lebih tinggi dari biasa.

Ingat ya. Sebelum korang bergerak ke bank untuk jumpa ejen bank, perlu korang isikan diri tu dengan ilmu. Sikit ke banyak, korang kena ada.

Baru proses permohonan loan rumah korang berjalan dengan lancar, dan korang lebih senang dapat approval bank untuk loan rumah.

Nak tak nak, sila persiapkan diri korang terlebih dulu untuk elakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Pening kepala sebab tak cukup duit nak beli rumah pertama?

Kalau cerita pasal nak beli rumah je, bab duit mesti ada terselit. Dan kes paling banyak adalah sebab tak cukup duit.

Takde masalah pun untuk korang beli rumah, walaupun tak banyak modal. Yang penting korang kena ada ilmu je.

Bagi korang yang tengah mencari tu, belajar cara beli rumah second hand dengan 16 pelabur hartanah otai ni sekarang. Klik link bawah ni:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here