PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

10 panduan mudah membeli rumah lelong pertama. No. #5 paling penting

Tak semua proses membeli rumah itu sama. Semua ni bergantung kat jenis pasaran rumah yang korang nak beli tu.

Kalau beli dalam pasaran subsale (rumah second hand), lain caranya. Sama jugak kalau nak beli rumah under construction dan lelong.

Dan hari ni, Tok akan fokus 100% kat pasaran rumah lelong.

Ilmu yang Tok bakal persembahkan kat korang hari ni, memang bagus untuk yang belum ada pengalaman dalam membeli rumah dalam pasaran ini.

Jemput hadamkan perkongsian mantap Tuan Azizul Azli Ahmad ini. Semoga bermanfaat.

#1 : Nak tunggu harga rendah takat mana?

Setiap kali lelongan, kalau takde pembida, harga rumah tu akan turun sebanyak 10%.

Tapi, sampai bila nak tunggu harga rumah jadi rendah gila?

Yang terbaik, masuk saja lelongan tu sebab bukan korang je yang ada fikiran macam tu. Bila dah beribu lemon orang masuk nanti, peluang korang nak menang pulak akan jadi semakin tipis.

#2 : Beli rumah kat kawasan yang kurang tumpuan

Cari rumah kat kawasan baru yang tak ramai orang tertumpu kat situ.

Nak dengar cerita tak? Ramai kawan-kawan saya yang menang pada harga 30 hingga 45% daripada harga pasaran (market value) sebenar.

Memang untung. Tak perlu sangat pun LRT atau MRT. Sekarang, Uber dan GrabCar kan ada. Tapi kalau dapat, memang bonus untuk korang la.

#3 : Buang sikap mudah berputus asa

Saya jugak pernah kalah lelong berkali-kali, dan baru pernah menang sekali.

Kalau dengar cerita kawan-kawan saya pulak, ada yang tak bernasib baik sehingga berpuluh kali. Tapi bila datang rezeki, terus dapat sebat 9 unit pada harga lebih 30% bawah market value.

Biasa la tu. Adat membeli rumah lelong. Nak dapat barang baik, usaha kena la luar biasa. Ingat senang ke Pattah Aming nak tawan hari Loffa?

#4 : Lagi rendah harga rumah, lagi ramai pembida yang masuk

Bila hartanah yang kita nak masuk tu terlalu rendah, bersedia untuk jumpa ramai pembida yang nak bersaing dengan korang. Ini perkara biasa.

Pengalaman saya, pernah jumpa 44 pembida sekaligus untuk beli sebiji rumah. Ramai gila.

Dalam kes ni, korang kena tetapkan modal siling (harga paling tinggi yang korang mampu beli), dan pakai akal. Elakkan membeli pakai hati.

#5 : Wajib semak harga pasaran rumah

Ini perkara yang korang wajib buat.

Dah pilih rumah yang berkenan, pergi ke bank berhampiran dan tanya harga pasaran. Korang jugak boleh rujuk kat penilai untuk tahu harga pasaran rumah yang nak dibeli tu.

#6 : Pastikan anda layak buat pinjaman

Jangan sekali-kali masuk lelong kalau hutang PTPTN pun sangkut nak bayar.

Sebelum pergi lelongan, bawak slip gaji dan pergi ke bank untuk tanya berapa harga rumah yang korang layak meminjam.

Untuk beli rumah lelong, korang ada tempoh 90 atau 120 hari (maksimum) dari tarikh lelongan untuk buat bayaran baki harga jualan.

#7 : Dapat rumah buruk? itu perkara biasa

Rumah lelong ni adalah rumah yang ditinggalkan pemilik, dan biasanya dalam keadaan buruk dan kotor. Jadi, saya bagi tahu awal-awal supaya korang tak terkejut.

Saya pernah masuk bida rumah yang dijadikan tempat longgokan sampah. Itu pun kalah.

Lagipun, rumah lelong dijual dalam keadaan ‘as it is.’ Apa yang korang nampak, itu la dia. Kalau ada tingkap rumah yang pecah atau pintu jahanam, itu la yang korang dapat dan tak lebih daripada itu.

#8 : Jangan lupa semak kalau ada sebarang kaveat

Kalau korang beli rumah lelong guna ejen, pastikan mereka buat cepat-cepat. Kalau tak, korang boleh jugak buat semakan sendiri kat Pejabat Tanah berhampiran.

Korang kena pastikan benda ni betul-betul.

Ini satu contoh. Kalau rumah tu ada kaveat persendirian, bermakna korang tak boleh membiaya pembelian rumah tu.

Kenapa jadi macam ni? Sebab bank tak akan luluskan pinjaman rumah kalau ada kaveat persendirian yang didaftarkan kat sesebuah hartanah.

Kalau beli secara cash (tunai), korang tak payah risau pasal perkara ni.

#9 : Elak guna khidmat ejen yang mahal

Ada satu kes melibatkan kenalan saya. Ada ejen mintak dia RM11,000 untuk kerja yang tak seberapa. Memang tak patut.

Nak selamat dan elakkan korang terkena macam ni, tanya ejen tu. Apa skop kerja dia?

Kalau korang berpuas hati, baru bayar mereka. Tapi jangan pula bayar secara penuh. Bayar penuh bila kerja mereka dah selesai untuk elakkan sebarang perkara buruk.

#10 : Belajar dengan otai lelong yang terbukti pakar

Kat bawah ni, saya senaraikan kenalan saya yang bantu ramai orang beli hartanah lelong dengan baik :

1) Tuan Shafie Bustan,

2) Tuan Ihsan Zainal,

3) Tuan Ir Ajak Abdul Razak,

4) Tuan Mohd Hafiz bin Kamaruddin,

5) Tuan Zali Ahmad,

6) Cikpuan Shariza Abd Latif,

7) Cikpuan Adlina MN.

Belajar dengan mereka. Mereka bukan nak jadi ejen sangat. Mereka suka bantu bagi orang lain ada rumah pertama. Dan bayaran mereka jugak murah gila.

Akhir kata, belajar la beli rumah lelong. Bila korang menang, keuntungan confirm dah dijana.

Takde masalah kalau belum ada sebarang pengalaman. Semua ni boleh dicari dan kita boleh belajar.

Yang jadi penentu adalah komitmen kita. Kalau cepat belajar dan bertindak, lebih cepat la korang dapat nikmati hasilnya.

Silakan SHARE artikel ni supaya lebih ramai dapat manfaat bersama.

“Harga rumah makin mahal. Mampu tak saya nak beli rumah ni?” 

Mesti ada di antara anda terfikir soalan yang sama kan. Yelah harga rumah bukan makin murah. Dengan keadaan sekarang, boleh ke tak nak beli rumah ni. Dengar pula cerita orang rugi beli hartanah, lagi takut dibuatnya. Kan? 

Orang yang berjaya beli rumah bukanlah gaji mereka berbelas ribu. Mereka tahu rumah yang macam mana mereka patut beli, berapa kemampuan kewangan mereka dan juga belajar ilmu yang betul. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. salam.. ada buat perkhidmatan untk uruskan pembelian rumah lelong ke..