10 kawasan hot yang ramai orang cari di Propwall

10 kawasan hot yang ramai orang cari di Propwall

3914
5
SHARE
Sumber gambar: Wikipedia
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Propwall.my antara laman web carian hartanah yang terbaik dan ramai orang guna.

Okay. Pendek cerita. Pernah tak korang terfikir kawasan mana yang paling ramai orang search dekat situ?

Tak nafikan. Dengan cara ni, korang boleh fahamkan trend pasaran hartanah semasa dengan lebih senang. Tok harap maklumat ni membantu.

Jemput hadamkan perkongsian yang Tok baca dekat Star Property ni kalau korang tengah plan nak beli rumah pelaburan.

Lebih banyak korang tau, lebih senang korang buat keputusan belian yang confirm buat untung.

#10: Bangsar

Sumber gambar: Star Property

Kawasan yang terletak dekat pinggir bandar, banyak kediaman mewah, penuh dengan pelbagai kemudahan, dan juga jadi kawasan pilihan ramai expat.

Kawasan ni memang ngam sangat dengan citarasa golongan muda yang suka dengan gaya kehidupan bandar. Tak jauh sangat kalau nak ke mana-mana sekitar Kuala Lumpur.

Bab lebuhraya, itu satu lagi plus point. Banyak highway yang korang boleh pilih.

Daripada Federal Highway untuk ke KLCC (dalam masa 10 minit, kalau jalan clear), atau ke Mont Kiara atau Sri Hartamas guna Sprint Expressway.

Kalau korang mampu tanggung kos untuk melabur dekat sini, silakan. Tapi pastikan korang dah buat due diligence dulu, dan jangan terikut-ikut orang.

#9: Setia Alam

Sumber gambar: Star Property

SP Setia, nama yang bertanggungjawab majukan kawasan bandar ini.

Terletak dekat dengan Bukit Jelutong, Denai Alam dan Cahaya SPK, kawasan ni memang tenang sebab jauh dengan haruk-piruk bandar.

Sesuai untuk korang yang nak beli rumah untuk duduk sendiri dan besarkan anak-anak.

Tempat ni jugak jadi tumpuan mereka yang nak upgrade rumah kepada yang lebih besar dan selesa.

Kat sini jugak dah banyak kemudahan seperti bank, sekolah, pusat membeli-belah, akses mudah ke lebuhraya, dan lain-lain.

#8: Cyberjaya

Sumber gambar: Star Property

Banyak kemajuan yang ada dekat Cyberjaya yang sekarang.

Dinobat sebagai hab perniagaan dan teknologi, bandar yang sedang membangun ni terdapat banyak universiti terkemuka seperti Multimedia University dan Limkokwing University of Creative Technology.

Korang jenis pelabur yang bermain dengan pasaran student? Rajin-rajin la cari rumah dekat kawasan ni.

Pasaran hartanah dijangka akan bertambah baik lepas ni, dengan pelan pembangunan MRT SSP Line. Tambah lagi dengan MEX (Maju Expressway), mudah untuk korang ke pusat bandaraya.

#7: Sentul

Sumber gambar: Star Property

Sebuah daerah lama yang bertempat hampir dengan Kuala Lumpur, kawasan ini sekarang tengah transform menjadi kawasan bandar.

Kemudahan pengangkutan awam seperti KTM dan LRT antara punca utama orang suka beli dekat sini. Tambah pulak dengan akses ke lebuh raya yang senang gila.

Harga rumah dekat kawasan ni, boleh kata mampu milik lagi berbanding kawasan sekitar yang lain. Korang kena kaji apa game korang bila melabur dekat kawasan ni.

#6: Kuala Lumpur

Sumber gambar: Star Property

Tok tak payah nak cakap banyak pasal kawasan ni. Apa je yang takde dekat sini?

Dah memang sedia famous sebagai tempat tumpuan pelancong dan juga pusat membeli-belah nombor satu di Malaysia, hartanah dekat kawasan ni memang boleh buat duit kalau kena dengan strategi.

Harga mampu milik memang takde untuk rumah sekitar kawasan ni. Tapi kalau korang mampu tanggung kos dan tau apa yang korang boleh, potensi jana pulangan yang baik memang sentiasa ada.

Tok dengar, senang nak sewakan secara jangka masa pendek (seperti servis AirBnB) kepada pelancong. Tapi jangan korang telan bulat-bulat cakap Tok tadi tu. Kaji untuk pihak korang dulu.

#5: Jalan Klang Lama

Sumber gambar: Star Property

Digelar middle ground antara kawasan perumahan yang mantap di Kuala Lumpur, Jalan Klang Lama dah lama terkenal dengan lambakan tempat makan dan pasar basah.

Walaupun dah lama berada dalam pasaran hartanah, masih ramai lagi yang berminat beli rumah dekat kawasan ni.

Tambah pulak kebelakangan ni, ramai pemaju terkenal mula masuk dengan projek baru. Ini jadi bukti yang Jalan Klang Lama masih relevan sampai sekarang.

#4: Mont Kiara

Sumber gambar: Star Property

Ini satu lagi kawasan mewah yang terdiri dengan banyak kemudahan yang gempak belaka.

Boleh kata, semua ada dekat sini. Sekolah antarabangsa, kedai-kedai makan, dan pusat membeli-belah ada dekat kejiranan ni.

So, tak hairan kalau ramai golongan expat pilih Mont Kiara sebagai tempat tinggal yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Ramai pelabur yakin melabur dekat kawasan ni sebab hasil pulangan sewa yang baik. Cuma sekarang ni, agak perlahan sikit.

#3: Bukit Jalil

Sumber gambar: Star Property

Dulu, orang kenal Bukit Jalil sebab ada stadium tu je (Stadium Bukit Jalil).

Sekarang, kawasan pinggir bandar ni dah mula jadi tumpuan para pelabur. Dan dijangka akan menjadi salah satu hotspot.

Kedudukan yang strategik, ditambah pulak dengan khidmat pengangkutan awam yang cekap, ramai pemaju mula bangunkan kawasan ini dengan projek kediaman.

#2: Ara Damansara

Sumber gambar: Star Property

Ara Damansara adalah sebuah bandar mewah yang berkembang maju, boleh diakses melalui banyak lebuhraya utama.

Tak cukup? Ada LRT lagi. Takde masalah bagi mereka yang nak menyewa dan takde kenderaan.

Dengan Ramsay Sime Darby Medical Centre, Citta Mall dan macam-macam lagi kemudahan lain, kejiranan ni dijangka akan berkembang pesat.

#1: Damansara Perdana

Sumber gambar: Star Property

Dan last sekali, kawasan yang ramai orang cari adalah Damansara Perdana.

Terletak dalam kawasan segi tiga emas Petaling Jaya, pinggir bandar bertaraf eksklusif ni padat dengan booster yang hot belaka.

Kenapa Tok cakap macam tu? Tengok senarai dekat bawah ni dan korang akan faham kenapa:

  • 1Utama,
  • IKEA,
  • The Curve,
  • TESCO,
  • Cathay Cineleisure,
  • Pusat Dagangan PJ,
  • Point92, dan lain-lain lagi.

Stesyen MRT Mutiara Damansara pasti akan tambah lagi kesan kepada perkembangan capital appreciation hartanah dalam kawasan ni.

Kalau korang tanya Tok apa yang patut korang beli, maaf. Tok tak dapat nak jawab soalan tu senang-senang.

Sebab lain orang, lain matlamat dan kemampuan. Tak semua orang mampu beli hartanah dekat KLCC. Kalau teringin tu, lain cerita.

Apa yang penting, Tok nak korang buat keputusan membeli yang tak merugikan.

Apa yang bank tengok supaya loan rumah anda senang lepas?

Ramai yang sakit hati sebab tak dapat loan rumah. Mengadu, bank dah semakin kejam.

Padahal, ada je cara nak ‘lembutkan hati’ bank dan senang bagi loan rumah kat korang. Mungkin korang tak buat lagi perkongsian ilmu dalam eBook ni.

Baca apa kata mereka yang dah baca dan buat. Klik link bawah ni sekarang:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ’STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH’

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY