Home Tips Kewangan Hati-hati. Ini 10 golongan yang jadi target utama scammer

Hati-hati. Ini 10 golongan yang jadi target utama scammer

6521
2
SHARE
Sumber gambar -WTOP.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Masalah berkaitan scammer dah lama jadi buah mulut ramai orang.

Dan yang paling tak best, benda ni tak pernah surut. Bila satu scammer kantoi, pasti akan muncul lagi 10 yang baru.

Bila dah kerap jadi macam ni, kesedaran kita sendiri akan jadi pendinding diri. Kalau tak bersedia cukup-cukup, maka bersedia la untuk jadi mangsa.

Ni, Tok nak kongsi ilmu Tuan Khairul Ezuwan yang simple tapi mantap ini. Jemput hadamkan elok-elok.

Jaga baik-baik kawan atau saudara-mara korang yang tergolong dalam 10 ciri-ciri ini.

Golongan #1 : Pesara, atau mereka yang ambil tawaran VSS

Mereka adalah orang yang mencari sesuatu untuk menggantikan pendapatan bulanan mereka yang hilang, dan mereka mempunyai sejumlah cash yang agak besar.

Ini makanan ranum pada sang scammer.

Golongan #2 : Orang ‘gomen’ berpendapatan rendah dan sederhana

Golongan ini mencari sesuatu untuk menambah pendapatan, dan mereka mempunyai kemudahan pembiayaan peribadi dengan mudah.

Scammer memandang ini sebagai lauk makan tak habis, sebab golongan ini ada kat mana-mana saja.

Golongan #3 : Nak sangat rumah murah?

Mereka mempunyai masalah untuk membeli rumah dengan harga yang mahal masa kini.

Bila ditawarkan dengan harga yang cukup murah, mereka akan bergolok bergadai, meminjam dari bank, termasuk meminjam dari sanak saudara malahan ‘Ah Long.’

Semua ni, atas sebab tak nak terlepas peluang keemasan. Kalau orang ‘sailang’ beli rumah tu, macam mana? Akhir sekali, batang hidung sendiri yang terkena.

Golongan #4 : Mereka yang diuji dengan kesakitan

Bagi yang menderita sakit, wang tak menjadi isu buat mereka .

Apa saja yang dijanjikan dan disogokkan di hadapan mereka untuk kembali sihat, mereka akan terima apa sahaja tawaran. Walaupon hakikatnya, ia hanya sekadar janji palsu.

Golongan #5 : Niat tunaikan Umrah atau Haji, tapi kurang mampu

Bagi mereka, ini adalah satu kewajipan dan salah satu dari Rukun Islam untuk ibadah haji yang dituntut bagi mereka yang mampu.

Kalau tak mampu untuk Haji , umrah pon memadai bagi mereka yang kurang mampu ini.

Dan bila ditawarkan kos umrah yang sepatutnya RM7,000 dengan RM3,000 (yang mana kononnya kos RM4,000 Itu ditanggung oleh pihak tertentu), mereka akan teruja mencari duit untuk tak melepaskan peluang tersebut.

Golongan #6 : Orang yang tengah terdesak

Golongan ini akan mula limit-kan fikiran mereka, hingga melupakan kesannya semata-mata untuk dapat penyelesaian jangka masa pendek.

Mereka boleh terjebak dengan ‘Pemberi Pinjaman Haram’ yang akan menghambakan mereka seumur hidup. Pinjam RM1,500 saja.

Dah bayar dekat RM30,000 pun, tak habis-habis bayar bunga lagi.

Golongan #7 : Orang yang tak mampu bayar ansuran bulanan kereta

Mereka nak jual kereta tersebut kerana tak mampu lagi untuk menanggung bayaran bulanan, tetapi baki pinjaman masih banyak.

Sindiket ini akan datang menawarkan solusi seperti pakej sewaan, cagaran, dan sebagainya. Akhirnya kereta lesap, mereka pula bankrap.

Golongan #8 : Terlampau kemaruk nak jadi kaya

Golongan ini perlukan ilmu dan mudah terinspirasi dan teruja dengan kejayaan orang lain.

“Saya baru 28 tahun, tapi dah boleh simpan 50 kilo emas. Siapa nak belajar direct dengan saya, sila PM. Confirm anda juga akan berjaya!”

Atas ni adalah kata-kata biasa yang seorang scammer taburkan. Nak belajar dengan dia, kena bayar yuran RM30,000.

Dan apa yang scammer tu tunjuk, bukan emas 50 kilo. Tapi hanya modal sewa kereta Lamborghini Aventador model baru untuk tampak meyakinkan.

Lepas dapat 300 peserta yang bayar, dapat la dia beli 50 kilo emas tu. Aduh!

Golongan #9 : Suka bermewah, padahal tak mampu

Mereka ini selalunya akan jadi tali barut kepada sindiket penipuan.

Biasanya, dia akan jadi tali barut yang setia sebab dah disuap dengan kemewahan. Namun akhirnya, mereka jadi ‘kambing hitam’ dari segi perundangan atau ancaman.

Padahal, ‘kepala’ segala scammer tu tidur lena dengan duit hasil menipu sana-sini.

Golongan #10 : Kecewa dengan dividen yang ciput

Kata mereka, buat apa melabur dalam ASB. Dividen ciput je pun, setakat 6.75% setahun.

Lalu sindiket penipuan datang tawarkan janji-janji manis :

“Apa barang buat ASB. Dividen ciput sangat. Baik guna duit tu melabur sama-sama dengan kami. Kami boleh bagi return 20% sebulan.”

Baru je dapat imbuhan bulan pertama 20% sebulan, dah berlagak dengan orang. ASB pun dianggap sampah.

Pendek cerita, lepas bulan ke-2, baru sedar 80% daripada modal yang dikeluarkan lesap entah ke mana.

Tok pesan sekali lagi. Tak payah buang masa korang dengan skim entah apa-apa kat luar sana.

Betul, tak senang nak jadi senang. Tapi kalau dah tahap kemaruk nak kaya, gajah depan mata pun tak nampak. Tok tak nak korang, kawan-kawan, dan sedara-mara korang jadi mangsa.

Sila SHARE ilmu ini kat kenalan korang. Kita hadamkan manfaat power ini bersama.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here