Home Tip beli rumah 10 faktor wajib kaji sebelum mohon loan rumah pertama. Poin #2 tentukan...

10 faktor wajib kaji sebelum mohon loan rumah pertama. Poin #2 tentukan berapa down payment anda kena bayar

1621
1
SHARE
Sumber gambar - hdfc.com
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Sekarang ni, bank dah jadi lebih strict untuk luluskan permohonan loan rumah.

Dan kalau tak bersedia betul-betul sebelum memohon, peluang loan korang kena reject memang cerah.

Setiap bank, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Adalah tugas korang untuk dapatkan maklumat ni sebelum mula memohon.

Dan korang dah tak payah cari ilmu ni jauh-jauh.

Jemput hadamkan perkongsian Cikpuan Bella Leana ni. Baru korang boleh apply loan rumah, tanpa perlu risau bank reject permohonan korang tu.

Soalan yang biasa ditanya kalau nak buat loan rumah

“Bank mana yang paling bagus untuk dapatkan housing loan?”

“Bank mana yang paling rendah rate dia?”

“Bank mana yang paling senang nak approve loan?”

Ini antara soalan-soalan yang biasa orang tanya kalau nak buat loan rumah. Dan macam-macam lagi la soalan yang ditanya.

Tau tak? Soalan macam ni, boleh dikira sebagai soalan maut tau. Nak jawab pun, kadang-kadang rasa sakit je hati (Okay, mohon maafkan Bella).

Amaran : Perkongsian ni agak panjang. Sila tabahkan hati untuk baca semua. Hanya orang yang bersabar je, boleh baca sampai habis.

Apa jawapan biasa untuk soalan kat atas tadi?

Nanti si polan akan jawab, Bank A adalah yang paling bagus. Dan tak lama lepas tu pulak, kawan si polan pulak akan jawab Bank B yang paling best.

Dan kalau tunggu lama sikit pulak, sedara si polan pulak akan jawab :

“Mana ada. Bank C yang paling bagus. Korang patut gunakan Bank C”

Ah, sudah. Korang yang mendengar pun, akan mula pening kepala.

Sebenarnya, there is no right and wrong untuk mana-mana jawapan. Korang sendiri apa yang objektif yang korang nak capai, dan apa yang bank tawarkan.

Mungkin Bank A bagus untk si polan. Tapi kurang bagus untuk kawan si polan. Dan mungkin Bank B lebih bagus untuk kawan si polan, tapi tak bagus untuk saudara si polan.

Faham, kan? Larat teruskan bacaan lagi tak ni?

Kenapa boleh jadi macam tu?

Sebab setiap daripada kita mempunyai keperluan (needs), matlamat, tahap kewangan, gaji, atau simpanan yang berbeza. Tak semua orang sama, kan?

Dan yang paling ramai orang buat silap adalah dengan melihat rate yang bank berikan semata-mata. Tak betul tu!

Ada banyak lagi faktor yang korang wajib ambil kira. Nak tahu apa? Jom sambung baca lagi :

Faktor #1 : Berapa lama tempoh loan yang bank bagi?

Ada je bank yang tawarkan maximum tenure selama 30 tahun. Padahal, ada je bank yang bagi maksimum sehingga 35 tahun.

Faktor #2 : Berapa margin of finance (MOF) yang bank berikan?

Ada bank yang offer 90% untuk pembelian rumah pertama. Dan ada jugak bank yang hanya luluskan 80% je untuk rumah pertama.

Faktor #3 : Apa lagi yang termasuk sekali dalam loan rumah anda?

Ada banyak yang capitalized MRTT, bersama legal fee dan jugak valuation fee ke dalam loan yang korang memohon tu.

Dan ada jugak bank yang hanya bagi MRTT je. Malah ada jugak yang tak bagi semua ni. Korang yang kena tanggung sendiri.

Faktor #4 : Apa special condition yang anda kena penuhi?

Ada bank yang kena pledge Simpanan Tetap untuk lulus loan. Ada pulak bank yang kena apply Life Insurance, atau kena apply kad kredit untuk lulus loan.

Tapi ada jugak bank yang tak kenakan apa-apa syarat. Yang ni, korang kena kaji dulu siap-siap.

Faktor #5 : Apa je pakej loan yang bank tawarkan?

Ada bank yang tawarkan conventional loan, dan ada yang tawarkan Islamic Financing.

Tu tak termasuk lagi dengan pakej yang ada, seperti Full-Flexi, Semi-Flexi, Term Loan dan Overdraft. Semua ni ada beza.

Faktor #6 : Berapa lama Lock-in Period yang bank tetapkan?

Ada bank yang bagi lock-in period 5 tahun, ada yang 3 tahun, dan ada yang takde lock-in period langsung.

Ada jugak lock-in period untuk conventional loan je. Dan ada jugak Islamic Financing yang tetapkan lock-in period.

Faktor #7 : Apa default clause dan default rate yang bank tetapkan?

Ada bank yang ada default clause 1 bulan, dan ada jugak yang default 3 bulan. Ada jugak bank yang takde default clause.

Dan bab default rate pulak, ada yang tetapkan sebanyak 9%, dan ada jugak yang tetapkan 10%.

Larat lagi tak korang nak baca ni? Okay, kita teruskan lagi.

Faktor #8 : Berapa kadar (rate) yang bank bagi?

Ada yang bagi rate rendah, dan ada yang bagi rate tinggi. Ini biasa la. Nak rate rendah tapi loan profile haru-biru. Hadap je la.

Ada jugak bank yang bagi rate tinggi, tapi tawarkan MOF (Margin of Finance) 90% + 5%. Compare pulak dengan Bank B yang bagi rate rendah, tapi MOF 80% je.

Nampak tak beza?

Faktor #9 : Apa polisi atau syarat khas yang bank tetapkan?

Ada bank yang offer loan tapi tak boleh buat bayaran lebih. Dan ada jugak yang bagi loan, tapi tak banyak branch (Okay, online banking kan ada? Haha).

Ada jugak bank yang bagi loan, tapi syarat kena ambil loan yang lain pulak.

Faktor #10 : Staf bank yang mesra pelanggan

Ada bank yang bagi loan, tapi after sales service ke laut. Hampeh gila. Ada bank yang stafnya sangat friendly habis, tapi rate yang mereka bagi agak tinggi.

Dan macam-macam lagi yang korang kena kaji dan ambil tahu.

Pilih bank yang sesuai dengan situasi anda

Korang kena faham situasi. Kalau korang betul bagus, korang takkan pergi ke bank dan merayu, minta mereka luluskan loan.

Setiap bank tu, memang dah bagus. Cuma kena sesuaikan dengan diri korang. Dan korang takkan dapat semua yang korang nak.

Mungkin Bank A bagus bagi si polan, sebab profile si polan ni menepati kriteria Bank A. Tapi bila si polan pergi ke Bank B, si polan tak dapat apa yang Bank A tawarkan.

Tapi bila kawan si polan pergi ke Bank A, mereka tak boleh bagi seperti apa yang si polan tadi dapat. Tapi Bank B pulak boleh offer kat kawan si polan ni, pakej yang lebih bagus untuk dia.

Korang faham, kan?

Tak semua ada kemampuan yang sama

Kalau boleh (kalau boleh la), elakkan tanya soalan yang terlalu general (umum).

Soalan susah tahap Dewa 19 ni, bukan ada jawapan betul atau salah pun. Open-ended question. Pasti akan ada soalan susulan lepas tu.

Bukan apa. Nanti korang tanya si polan bank apa yang bagus, si polan akan jawab Bank A. Dan korang pun ikut je telunjuk dia dan pergi memohon kat Bank A.

Lepas tu, loan kena reject upfront. Dah, korang jugak yang kecil hati sebab loan tak lepas. Lepas tu tuduh pulak si polan tu penipu.

Kan parah tu?

Nak tahu lebih, kena rajinkan diri 

Korang kena faham. Digit dalam setiap akaun bank semua orang berbeza-beza. Walaupun gaji sama angka dalam payslip, tak semestinya ada sama baki dalam akaun bank.

Boleh faham, kan?

Nak tanya lagi tak soalan macam ni? (Sila baca dengan nada biasa, bukan nada sinis atau menyindir).

Takpe, kita sama-sama belajar. Yang mana baru tahu tu, boleh SHARE artikel ni kat kawan-kawan. Biar lebih ramai lagi tahu tentang ini.

Rajinkan diri tu luangkan masa untuk walk-in ke setiap bank untuk jadikan banker sebagai sahabat. Setakat sahabat maya pun takpe.

Terima kasih buat korang yang baca perkongsian Bella ni sampai habis. Mohon tulis ‘Saya baca sampai habis!’ kat bahagian komen.

Korang memang awesome!

Korang jangan main-main dengan bab loan rumah.

Kalau korang tak kaji dan study apa yang sesebuah bank perlukan, sediakan diri untuk hadapi rasa kecewa. Sebab peluang loan tu lulus tak berapa nak cerah.

Tapi sebelum apa pun, tunding diri sendiri dulu sebelum nak tunding jari kat orang lain. Korang yang nak apply. Buat apa salahkan orang lain?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here